Seorang wanita warga Ukraine hanya dibebaskan selama kira-kira 15 minit daripada pertuduhan mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebelum dia ditahan semula oleh Jabatan Imigresen negeri, pada petang Jumaat.
Tertuduh, Lopatkina Klavdiia, 23, cuba melarikan diri sebaik dibebaskan bagaimanapun berjaya ditahan beberapa anggota Jabatan Imigresen yang sudahpun menunggu di lobi Mahkamah.
Dia ditahan semula berikutan kesalahan memiliki visa yang sudah tamat tempoh.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membuat keputusan melepas dan membebaskan Klavdiia daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kokain, dua tahun lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, Klavdiia yang ketika itu mengandung sebulan didakwa mengedar dadah jenis kokain seberat 1.5 kilogram di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 11 pagi, 31 Dis 2015.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Hakim Abdul Wahab Mohamed dalam penghakimannya berkata, berlaku percanggahan maklumat berhubung kandungan dan bungkusan dadah tersebut daripada tujuh saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan berhubung kes itu.
Abdul Wahab berkata, mahkamah tidak berpuas hati dengan keterangan daripada pakar kimia, pegawai polis dan pegawai penyiasat yang masing-masing memberikan fakta bercanggah.
Sehubungan itu mahkamah memutuskan untuk melepas dan membebaskan tertuduh daripada kesalahan mengedar dadah.
Klavdiia diwakili peguam Datuk N. Sivananthan dan Low Huey Theng manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azrul Rahman.
Klavdiia yang melahirkan anak ketika berada di penjara tahun lalu akan ditahan Jabatan Imigresen negeri selama 14 hari, sementara menunggu pihak pendakwaan memfailkan rayuan kes.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Dec 15 2017
Klavdiia ketika ditahan pihak Jabatan Imigresen Pulau Pinang sejurus dibebaskan oleh mahkamah. - BERNAMA
Kecerdasan Buatan: United Kingdom berhasrat menjadi peneraju utama
Memetik Reuters, Perdana Menteri Keir Starmer berkata negara itu juga akan mewujudkan zon khas bagi pusat data dan akan menggalakkan lebih ramai graduan mempelajari kursus berfokuskan teknologi.
Kebakaran Los Angeles: Angka korban kebakaran hutan meningkat kepada 24
Angka korban akibat kebakaran hutan yang dahsyat di California, Amerika Syarikat (AS), meningkat kepada 24 orang pada Ahad.
Pelabur perlu fokus asas jangka panjang seperti JS-SEZ
Pasaran saham seperti FBMKLCI mencatatkan penurunan 2.43% dalam dua minggu pertama, mencerminkan ketidakseimbangan antara kekuatan asas ekonomi dan prestasi pasaran jangka pendek. Pelabur Malaysia untuk kekal berdisiplin dan memberi fokus kepada asas jangka panjang dalam menghadapi jurang antara data ekonomi dan prestasi pasaran.
Pertumbuhan nilai eksport China catat peningkatan
Pertumbuhan nilai eksport China dilaporkan meningkat pesat pada Disember tahun lalu. Menerusi data disediakan kastam negara itu, prestasi import juga terus memulih sekali gus menyaksikan penutupan tahun 2024 yang positif.
Paras stok minyak sawit mungkin terus menyusut
Paras stok minyak sawit berkemungkinan besar terus menyusut bulan ini didorong eksport musim sejuk yang lemah. Menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, ia sekali gus mengurangkan daya saing harga berbanding minyak alternatif lain.
JS-SEZ: Ruang dan peluang pekerjaan, galak pembangunan modal insan
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) membuka peluang pekerjaan dan memacu pembangunan modal insan tempatan, dengan penekanan kepada kemahiran tinggi dan kolaborasi ekonomi dua hala.
Kadar NPL Tekun Nasional turun kepada sembilan peratus - Ewon
Kutipan semula kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) berjaya diturunkan kepada sekitar sembilan peratus setakat ini.
Jualan borong, runcit November 2025 cecah RM149.3 bilion
Jumlah jualan sektor perdagangan borong dan runcit mencatatkan nilai sebanyak RM149.3 bilion pada November 2024.
Sarawak capai sasaran pendapatan RM14.2 bilion bagi 2024
Sarawak capai sasaran menjana pendapatan RM14.2 bilion bagi tahun 2024 sekali gus mencipta sejarah hasil tertinggi bagi negeri itu.
Kadar pengangguran 2025 diunjur pada 3.1 peratus
Kadar purata pengangguran bagi 2025 diunjur berada pada kadar 3.1 peratus, disokong pertumbuhan permintaan domestik yang stabil.
PDRM cadang pinda akta berkaitan dadah selaras perkembangan semasa - Ayob Khan
PDRM mencadangkan kepada kerajaan supaya meminda atau menggubal beberapa akta berkaitan hukuman dadah selaras dengan perkembangan semasa salah guna bahan terlarang itu di negara ini.
Wanita sarat mengandung, menyusu bayi, janda, 'pengkid' antara ditahan positif dadah
Seorang janda yang positif dadah jenis methamphetamine didapati masih menyusukan anak bongsunya.
Bebas 15 minit sebelum ditahan semula
Seorang wanita warga Ukraine hanya dibebaskan selama kira-kira 15 minit daripada pertuduhan mengedar dadah sebelum dia ditahan semula atas kesalahan memiliki visa yang sudah tamat tempoh.