awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa buah rumah di Flat Sri Sabah terbakar

Astro Awani
Astro Awani
11/02/2024
15:20 MYT
Beberapa buah rumah di Flat Sri Sabah terbakar
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Pudu memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.19 malam. - Gambar JBPM
KUALA LUMPUR: Beberapa buah rumah di Flat Sri Sabah di ibu negara dilaporkan terbakar pada malam Ahad.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Pudu memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.19 malam.
Katanya, beberapa jentera dikerah termasuh bantuan dari beberapa balai bomba.
Jelasnya, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Insiden kebakaran itu turut dirakam oleh beberapa penduduk di flat terbabit.
Sebelum itu, pihak bomba berdepan sedikit kesulitan untuk memadam kebakaran apabila beberapa individu meletakkan kenderaan di bahu jalan.
Keadaan itu memaksa pasukan penyelamat meminta bantuan trak tunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi menunda keluar kenderaan yang menghalang jalan bagi membuka laluan kepada jentera bomba.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa di laman X turut memaklumkan sudah meminta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menyediakan bantuan diperlukan.
Saya terima maklum berkenaan kejadian kebakaran di beberapa unit rumah di Flat Sri Sabah sebentar tadi. Pihak penguatkuasa @DBKL2u telah bersama-sama @bombaJBPM bagi membantu memadamkam kebakaran tersebut. Saya telah meminta pihak @DBKL2u menyediakan segala bantuan yang https://t.co/pUKfwn28fn
— Dr Zaliha Mustafa (@DrZalihaMustafa) February 11, 2024
Topic Berkaitan
#kebakaran
#flat sri sabah
#Jalan Pudu
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan