NATIONAL
Beberapa jalan di Kuching akan ditutup pada 26 dan 27 Mac
Farhan berkata langkah itu bertujuan memastikan kelancaran perjalanan program serta pergerakan lalu lintas sepanjang acara berlangsung. - Foto fail/BERNAMA
KUCHING: Beberapa jalan utama di sekitar Padang Merdeka, Kuching akan ditutup secara berperingkat pada 26 dan 27 Mac bagi memberi laluan kepada program 80th Commemoration Operation Semut Parachute Landing 1945.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata langkah itu bertujuan memastikan kelancaran perjalanan program serta pergerakan lalu lintas sepanjang acara berlangsung.
Penutupan jalan akan bermula pada 26 Mac dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi bagi sesi raptai.
Jalan yang terlibat termasuk laluan di kawasan lampu isyarat RTM dan susur ke Padang Merdeka, selain Jalan McDougall yang menghala ke Jalan Tun Abang Haji Openg berdekatan Hotel Merdeka Palace.
Pada 27 Mac, penutupan jalan akan bermula lebih awal, iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 11 pagi bagi acara utama.
Jalan yang terlibat ialah Jalan Wawasan ke Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Tun Abang Haji Openg menghala ke Padang Merdeka di kawasan Mankamam Lama, serta laluan yang sama menuju ke Padang Merdeka dari arah lampu isyarat Plaza Merdeka.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan serta merancang perjalanan dengan memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.