Beberapa kawasan di Johor Bahru dinaiki air selepas hujan lebat

Shahrul Hassan
Oktober 10, 2018 09:43 MYT
Hujan lebat sejak jam 3 petang di Johor Bahru menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. - Astro AWANI
Beberapa kawasan di Johor Bahru mula dinaiki air berikutan hujan lebat sejak pukul 3 petang.
Antara lokasi yang terlibat adalah Kampung Hajah Hasnah, Kampung Bendahara, Kampung Mohd Amin dan Jalan Kijang.
Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Johor, berlaku juga kejadian tanah runtuh berdekatan lokasi pusat penjagaan warga emas, Rumah Sri Kenangan Johor Bahru, namun situasinya tidak serius.
Setakat ini, difahamkan tiada pusat pemindahan dibuka.
Pihak APM juga membuat pemantauan berterusan di kawasan yang mudah dinaiki air, selain memantau peningkatan paras air Sungai Tebrau.
Sementara itu di media sosial, warga tempatan turut berkongsi laporan mengenai kesan selepas hujan lebat tersebut:

Jb banyak tempat banjir. Betul² hujan lebat harini

— Lavender (@thiraRZK) October 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

DIlaporkan beberapa laluan utama di Johor Bahru dinaiki air atau banjir kilat. Mohon pengguna elakkan laluan, dan berhati-hati semasa memandu. Patuhi pencegahan bencana banjir Lokasi: Keadaan banjir di LC Chatering pic.twitter.com/IcnpD9jevT

— Friends of Johor (@friendsofjohor) October 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

KSL JB banjir teruk weyhh, selamat aku kat office pic.twitter.com/BzTMTzdPpw

— Bruhh (@amirshazwan_) October 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#banjir #hujan lebat #Johor Bahru #Rumah Seri Kenangan