Beberapa kawasan di Shah Alam dan Lembah Klang dilanda banjir kilat

Astro Awani
November 8, 2022 11:29 MYT
Beberapa kawasan di sekitar Shah Alam juga dilaporkan telah dinaiki air susulan hujan lebat berterusan mulai jam 4 petang Selasa. - Kredit foto Twitter alyaa_haliqa
KUALA LUMPUR: Banjir kilat di Lembah Klang telah menyebabkan kelewatan di beberapa jalan raya utama di sekitar pusat bandar.
Trafik dilaporkan mengalami kelewatan di Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu, Jalan Sungai Besi, Jalan Loke Yew dan Jalan Yaacob Latif.
Beberapa kawasan di sekitar Shah Alam juga dilaporkan telah dinaiki air susulan hujan lebat berterusan mulai jam 4 petang Selasa.
Antara kawasan yang terbabit termasuk Taman Sri Muda, Seksyen 17, Seksyen 24, Seksyen 32, Seksyen 32, Seksyen 36, Bukit Naga, Alam Impian dan Bukit Jelutong.

#kltu KL: Banjir kilat telah menyebabkan kelewatan di sekitar Pusat Bandar antaranya di Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu, Jalan Sungai Besi, Jalan Loke Yew & Jalan Yaacob Latif pic.twitter.com/3xZvjtlUCs

— Astro Radio Traffic (@astrotraffic) November 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan empat negeri bermula Isnin sehingga 11 November.

pic.twitter.com/8diF6BNWwN

— Astro Radio Traffic (@astrotraffic) November 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
MetMalaysia memaklumkan negeri-negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

pic.twitter.com/8diF6BNWwN

— Astro Radio Traffic (@astrotraffic) November 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada masa sama, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir lebih kerap pada sebelah petang hingga malam yang dijangka berlaku di negeri-negeri di pantai barat Semenanjung dan Sarawak.
Katanya, berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model, European Centre for Medium-Range Weather Forecasts dan Global Forecast System, penumpuan angin dijangka berlaku di pantai timur Semenanjung dan barat Sarawak.
“Keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan yang boleh membawa hujan lebat dan angin kencang di pantai timur Semenanjung pada sehingga 11 November ini,” katanya.
#banjir kilat #shah alam #Lembah Klang #Hujan lebat berterusan