Beberapa kawasan Petaling, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat alami gangguan air

Astro Awani
Oktober 23, 2016 03:53 MYT
Masa pemulihan tidak dapat ditentukan buat masa ini dan bergantung kepada pengoperasian semula loji Semenyih. - Gambar fail
Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah Hulu Langat, Petaling, Sepang dan Kuala Langat ekoran berhenti tugas sementara loji rawatan air Semenyih akibat pencemaran bau air mentah.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di Facebook rasminya hari ini berkata, pihaknya akan mengerakkan aset-aset bagi menyalurkan bantuan bekalan air kepada pengguna pengguna yang terjejas.
Ini merupakan kali ketiga LRA Semenyih ditutup bulan ini.
Masa pemulihan tidak dapat ditentukan dan bergantung kepada pengoperasian semula loji, menurut Syabas.
Untuk info dan status terkini, layari aplikasi telefon bimbit mySyabas di Google Playstore, Appstore atau FB Puspel Syabas, Air Selangor atau www.syabas.com.my
#air mentah #LRA #pencemaran #Puspel