awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa kawasan Subang dilanda banjir kilat, 4 PPS dibuka

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2023
13:50 MYT
Beberapa kawasan Subang dilanda banjir kilat, 4 PPS dibuka
Kawasan parkir di Subang Parade dilapor dinaiki air. - Foto ihsan JBPM
KUALA LUMPUR: Banjir kilat dilapor berlaku di beberapa kawasan di sekitar daerah Subang pada petang Ahad, susulan hujan lebat berterusan.
Antara kawasan dinaiki air ialah Jalan Persiaran Subang, Subang Jaya, USJ dan SS14.
Situasi berkenaan turut dikongsikan di media sosial oleh pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) memaklumkan insiden banjir turut berlaku di pusat beli-belah, Subang Parade.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikejarkan ke lokasi tersebut, dan mendapati kawasan parkir dan tingkat bawah pusat beli belah berkenaan, dimasuki air setinggi satu kaki.
Begitupun, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.
Dalam perkembangan sama, empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat jam 8 malam Ahad, bagi menempatkan lebih 250 mangsa banjir kilat di daerah Sepang.
Empat PPS terbabit adalah Dewan Orang Ramai Dengkil, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dewan Orang Ramai Kampung Dato' Ahmad Razali dan Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jenderam Hilir.
Topic Berkaitan
#Banjir kilat Subang
#JBPM Subang Jaya
#berita dalam negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan