[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
GADGETS

Beberapa perkhidmatan Maybank tergendala sementara pada 13 April 2025

Amanz 11/04/2025 | 06:10 MYT
Antara perkhidmatan yang bakal terjejas termasuk DuitNow Transfer, DuitNow QR, JomPay, MEPS Balance Inquiry, dan beberapa lagi yang melibatkan Maybank2u, aplikasi MAE, serta ATM. -Amanz
MAYBANK mengumumkan beberapa perkhidmatan mereka akan tergendala sementara pada Ahad, 13 April 2025, dari jam 3 pagi hingga 8 pagi.

Ringkasan AI
  • Maybank akan mengalami gangguan perkhidmatan sementara pada Ahad, 13 April 2025, dari jam 3.00 pagi hingga 8.00 pagi untuk penyelenggaraan sistem.
  • Perkhidmatan yang terjejas termasuk DuitNow Transfer, DuitNow QR, JomPay, MEPS Balance Inquiry, Maybank2u, aplikasi MAE, dan ATM.
  • Pengguna disarankan merancang transaksi lebih awal untuk mengelakkan kesulitan dan boleh menghubungi Maybank untuk maklumat lanjut.

Gangguan ini adalah sebahagian daripada aktiviti penyelenggaraan sistem yang dijadualkan untuk memastikan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih lancar dan selamat.
Antara perkhidmatan yang bakal terjejas termasuk DuitNow Transfer, DuitNow QR, JomPay, MEPS Balance Inquiry, dan beberapa lagi yang melibatkan Maybank2u, aplikasi MAE, serta ATM.
Pengguna disarankan untuk merancang transaksi lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menulis kepada kami di mgcc@maybank.com.my atau menghubungi kami di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara). -Amanz
#Maybank #DuitNow QR #gangguan perkhidmatan sementara #penyelenggaraan sistem