MALAYSIA
Bebiri Fest 2025 angkat industri ternakan dan eko-pelancongan Johor

Bebiri Fest 2025 akan berlangsung pada 10 Ogos ini di Kompleks Penternakan Moden Bebiri World, Muar, menampilkan pelbagai aktiviti komuniti termasuk pemilihan induk intake Julai/Ogos serta hadiah utama berupa motosikal Benelli Panarea.
MUAR: Karnival Bebiri Fest 2025 yang dijadual berlangsung 10 Ogos ini di Kompleks Penternakan Moden Bebiri World, Muar bakal menyerlah sebagai platform mempromosi industri ternakan moden serta destinasi eko-pelancongan agro di Johor.
Ringkasan AI
- Karnival ini mempromosikan industri ternakan moden dan menjadikan DUN Bukit Naning sebagai destinasi eko-pelancongan agro di Johor.
- Ia memperkenalkan program ternakan pawah moden dan sistem pengurusan biri-biri profesional, serta membuka peluang pendapatan kepada orang awam.
- Pelbagai aktiviti menarik disediakan dan pengunjung berpeluang memenangi hadiah termasuk skuter Benelli Panarea 125 serta diskaun pakej ternakan.
Menurut penganjur, karnival ini dilangsungkan bersempena pengambilan baharu (intake Julai/Ogos 2025) bagi program ternakan pawah moden, dan turut menjadi medan pendidikan interaktif bagi memperkenalkan sistem pengurusan biri-biri secara profesional.
Lebih 400 pengunjung hadir pada edisi sebelum ini, dan angka itu dijangka meningkat berdasarkan sambutan luar biasa dalam kalangan keluarga, usahawan, warga emas, serta golongan bandar yang ingin menjana pendapatan sampingan menerusi bidang penternakan.
Pelbagai aktiviti menarik turut dijadualkan seperti pameran haiwan ternakan, pertandingan memancing tradisional, pertandingan makan durian, pemeriksaan kesihatan percuma, ‘Horse Joy Ride’, serta cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa sebuah skuter Benelli Panarea 125.
Masuk adalah percuma, dan lebih banyak peluang memenangi hadiah ditawarkan kepada pengunjung yang membeli lima pakej ternakan atau lebih semasa karnival berlangsung termasuk diskaun RM500 dan penyertaan automatik ke dalam cabutan bertuah.
Bebiri World yang ditubuhkan pada 20 Disember 2021 merupakan syarikat milik penuh bumiputera dengan misi memodenkan industri ternakan biri-biri di Malaysia melalui konsep “pawah moden”.
Ia memberi peluang kepada individu yang tiada tanah, kandang mahu pun pengalaman untuk memiliki ternakan premium seperti Santa Ines dan Blackhead Dorper.
Malah, menerusi sistem Smart Breeder, penternak boleh terus menjana pendapatan berulang dengan menyertai program pembiakan atau menjual baka jantan yang dihasilkan sendiri.
Semua proses ini diselia secara sistematik oleh pasukan Hal Ehwal Ternakan (HET), dan sistem digital sedang dibangunkan untuk memudahkan akses data setiap penternak.
Bebiri World kini menawarkan tiga pakej ternakan utama iaitu Pakej Al-Kharuf, Pakej Al-Kabsy, dan Pakej Al-Kabsy Plus++ yang bukan sahaja bersesuaian untuk pemula, malah juga untuk pelabur berpengalaman yang mahu memperluas portofolio aset agro.
Bagi yang berminat menyertai, maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web rasmi bebiriworld.com atau media sosial @bebiriworld.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami