awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beku perolehan: KDN sedia kaji semula, elakkan penyelewengan - Saifuddin
PDRM terima laporan kes kehilangan Nadia Kesuma
Bekas Wartawan FMT, Rex Tan ditahan polis di bawah Akta Hasutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bedah siasat kedua jenazah Syamsul Haris pagi ini

Sinar Harian
Sinar Harian
30/08/2025
02:25 MYT
Bedah siasat kedua jenazah Syamsul Haris pagi ini
Naran berkata, urusan pengebumian Allahyarham akan diadakan sebaik sahaja prosedur bedah siasat selesai. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Proses bedah siasat kedua pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin bermula jam 9 pagi Sabtu di Hospital Kuala Lumpur.
Peguam keluarga, Datuk Naran Singh Ara Singh berkata, prosedur tersebut akan dilakukan oleh tiga pakar forensik dan disaksikan pakar yang mewakili keluarga, Datuk Seri Dr Bhupinder Singh.
Naran Singh berkata, bedah siasat itu mengambil masa kerana memerlukan penelitian lanjut.
"Keputusan penuh mengenai penemuan hasil bedah siasat akan dimaklumkan selepas proses selesai," katanya ketika sidang akhbar di sini pada Sabtu.
Naran berkata, urusan pengebumian Allahyarham akan diadakan sebaik sahaja prosedur bedah siasat selesai.
"Pengebumian dijangka berlangsung pada sebelah petang atau malam ini, setelah proses bedah siasatan selesai..
Hasil tinjauan Sinar mendapati, keluarga tiba di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur seawal jam 8 pagi.
Ia diikuti ketibaan Naran Singh bersama Bhupinder Singh pada jam 8.47 pagi.
Pada Jumaat, media melaporkan jasad Syamsul Haris, 22, digali semula susulan perintah mahkamah yang membenarkan bedah siasat kedua dilakukan.
Proses penggalian semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu bermula pada jam 8.45 pagi dan selesai pada jam 9.22 pagi sebelum dibawa ke HKL untuk bedah siasat. - Sinar Harian
Bedah siasat kedua jasad Syamsul pagi ini
Topic Berkaitan
#Syamsul Haris Shamsudin
#bedah siasat
#Palapes
#Naran Singh Ara Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan