awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok

Bernama
Bernama
06/02/2025
12:59 MYT
Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok
Zaiham berkata siasatan punca kejadian kini di bawah BKSU, selepas pasukan Forensik PDRM menyelesaikan siasatan mereka. - Gambar Bernama
BENTONG: Bedah siasat jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi tadi, akan dijalankan pada 11 pagi esok di Hospital Bentong.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata siasatan punca kejadian kini di bawah Biro Siasatan Kemalangan Udara (BKSU), selepas pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelesaikan siasatan mereka.
Mangsa Finsen Reskey Sembiring, 27, maut akibat libasan bilah kipas helikopter yang terbalik sebelum terbakar di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur di sini.
"Pihak kita akan berhubung dengan pihak kedutaan Indonesia yang akan memaklumkan kejadian ini kepada ahli keluarga mangsa sementara juruterbang yang terlibat sudah dihantar ke hospital dan sedang berehat selepas dirakamkan keterangan.
"Berapa lama masa yang akan diambil oleh pihak BKSU untuk menyelesaikan siasatan tidak dapat dipastikan buat masa ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini.
Zaiham berkata juruterbang itu berjaya diselamatkan selepas tindakan berani seorang pengawal keselamatan warga tempatan yang berlari dan berusaha mengeluarkan juruterbang terbabit ketika helikopter itu sedang terbakar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#bedah siasat
#tindakan berani
#BKSU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan