Beg jinjing edisi terhad Apple Store The Exchange TRX dijual semula pada harga cecah RM1,000
APPLE Store pertama di Malaysia telah dibuka secara rasminya di The Exchange TRX, sekali gus membolehkan para pengguna tempatan mendapatkan pelbagai barangan Apple serta mengalami pengalaman penuh, termasuk mempelajari perkara baharu melalui Today at Apple.
Menariknya, bersempena dengan pembukaan kedai fizikal rasmi pertama Apple ini, mereka turut memberikan beg jinjing edisi khas dengan tulisan “JOM” padanya secara percuma.
Beg jinjing ini telah mula dijual oleh para pengguna yang menhadirkan diri pagi tadi melalui beberapa platform – termasuk Facebook Marketplace dan juga Carousell.
Memandangkan ia masih baharu, berkemungkinan harganya akan lebih meningkat tinggi lagi dalam beberapa bulan atau tahun, selepas kuantiti dan pengedarannya berkurangan di pasaran. -Amanz