awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beg Sofyank hilang di Singapura

Sinar Harian
Sinar Harian
26/05/2023
02:30 MYT
Beg Sofyank hilang di Singapura
Gambar kiri: Beg milik Sofyank yang mengandungi barangan penting termasuk hasil projek videonya yang belum diterbitkan. Kanan: Lokasi terakhir beg tersebut dijejak. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pereka kandungan digital tanah air, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank memaklumkan dia kehilangan sebuah beg yang mengandungi barangan penting termasuk hasil projek videonya yang belum diterbitkan.
Ujar Sofyank, terdapat individu yang disyaki terambil beg berjenama FlyScoot miliknya semasa tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada Khamis.
Jelasnya, beg itu pada awal dikesan berada di lokasi yang sama menerusi AirTag yang dihubungkan kepada telefon pintarnya, meskipun belum dijumpai sehingga jam 6 pagi Jumaat.
“Pengesanan tersebut berhenti pada jam 6 pagi. Saya percaya orang itu sedang dalam penerbangan ke tempat lain.
“Saya akan mendapatkan kembali lokasi langsung setelah beg mendarat dan AirTag menerima liputan daripada peranti iOS yang berdekatan.
“Rasanya, peluang untuk mendapatkan telefon pintar berkenaan adalah terlalu rendah,” katanya dalam satu ciapan di Twitter pada Jumaat.
NEED YOUR HELP Someone mistakenly took my bag from the flight named FlyScoot from Malaysia to Singapore on May 25th, arriving at 10:50 PM. I hope you can share this message until that person notices. Dalam tu ada projek video saya yang belum release dan tersangat penting.
— sofyank96 (@sofyank96) May 25, 2023
Sofyank sebelum ini telah beberapa kali berkolaborasi dengan selebriti antarabangsa antaranya Paul Ruud (Ant-Man) dan Jonathan Majors (Kang The Conqueror) selain pernah menarik perhatian antarabangsa apabila pelakon terkenal, Will Smith memuat naik semula video yang disuntingnya, malah sehingga kini, video ciptaan beliau ditonton oleh jutaan pelayar media sosial.
Dia juga baru-baru ini memaklumkan bahawa ada merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi di ibu negara menjelang akhir tahun ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sofyank
#beg hilang
#Singapura
#Lapangan Terbang Changi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan