Begini cara kenal pasti panggilan 'scam' LHDN

Israr Khalid
Februari 13, 2023 23:45 MYT
Selain mengutip cukai, pihak LHDN juga akan terus menyalurkan pemberitahuan dan peringatan kepada para pembayar cukai.
KUALA LUMPUR: Rakyat diminta berwaspada dengan sindiket penipuan panggilan telefon menggunakan nama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang kini sedang berleluasa.
Ketua Pegawai Eksekutif HASiL Datuk Dr Mohd Nizom Sairi memaklumkan, terdapat beberapa aspek yang perlu diperhatikan untuk membezakan antara panggilan LHDN yang benar dan yang palsu.
Menurutnya, pihak LHDN hanya akan membuat panggilan menggunakan talian tetap dan pada hari bekerja.
“Kalau terima panggilan contohnya pada hujung minggu, dan daripada nombor telefon bimbit peribadi, itu bukan LHDN.
“Orang ramai yang was-was atau mungkin khuatir sama ada ia panggilan yang asli atau bukan, sebenarnya boleh menyemak dan menelefon semula,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Sehubungan itu, Mohd Nizom memberi jaminan, selain menjalankan tugas mengutip cukai, pihaknya juga akan terus menyalurkan pemberitahuan dan peringatan kepada para pembayar cukai supaya tidak diperdaya pihak tidak bertanggungjawab.
Begini caranya untuk bezakan panggilan LHDN sebenar dengan ‘scam’
#Agenda Awani #Sindiket penipuan dalam talian #panggilan scam LHDN #Mohd Nizom Sairi