awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung bangunkan GPU sendiri untuk Exynos 2800, saingi Apple & Qualcomm
Pilihan raya Ahad bawa harapan kepada Myanmar, kata kerajaan
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Behavioural Insight diaplikasi dalam polisi kerajaan, RMK12 - KSN

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
23/03/2021
03:58 MYT
Behavioural Insight diaplikasi dalam polisi kerajaan, RMK12 - KSN
Mohd Zuki berkata mengintegrasikan BI ke dalam pembuatan dasar membolehkan pembuat dasar dan pengawal selia menjangkakan impak tingkah laku polisi. - Foto Twitter/Mohd Zuki Ali
KUALA LUMPUR: Behavioural Insight (BI) bakal diterapkan dalam pelaksanaan polisi kerajaan, termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Langkah mengintegrasikan BI ke dalam pembuatan dasar, menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, akan membolehkan pembuat dasar dan pengawal selia menjangkakan impak tingkah laku polisi.
Ia sekali gus mewujudkan peraturan dan undang-undang yang lebih berkesan serta berkualiti dan pada masa sama meningkatkan kesejahteraan orang ramai.
"Banyak perkara yang perlu dilakukan dan banyak faktor yang mempengaruhi pelaksanaannya.
"Saya menggesa Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) meningkatkan lagi usaha dalam perkara ini.
"Saya juga meminta pembuat dasar dan pengawal selia termasuk sektor awam dan swasta untuk terlibat dalam projek ini, ia atas satu matlamat - demi kesejahteraan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Kebangsaan mengenai Behavioural Insights (BI) yang bertemakan 'Memacu Penyampaian Dasar Awam yang Cekap' anjuran MPC secara maya hari ini.
Mohd Zuki pada masa sama menggesa penjawat awam untuk menyertai latihan dan pembinaan kapasiti BI menerusi MyLatihan Maya untuk memastikan ia dapat diterapkan dalam polisi yang dilaksanakan.
Kaedah BI adalah usaha mendekati penggubalan dasar awam dengan memahami tingkah laku manusia dalam merangka intervensi dasar.
MPC telah menggerakkan inisiatif untuk mengaplikasikan kaedah BI dalam penggubalan dasar awam sejak tahun 2020.
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#Behavioural Insight
#ketua setiausaha negara
#KSN
#Rancangan Malaysia Ke-12
#RMK12
#Perbadanan Produktiviti Malaysia
#MPC
#Mohd Zuki Ali
#undang-undang
#rakyat
#kerajaan
#tingkah laku manusia
#latihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan