SHAH ALAM: Pasangan suami isteri yang ditahan di Kuala Selangor pada Jumaat, direman tujuh hari untuk siasatan kerana disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel.
Reman kedua-dua suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu bermula Sabtu bagi tindakan di bawah Akta Senjata 1960.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan reman terbabit.
"Pasangan itu direman tujuh hari dan siasatan masih dijalankan pihak polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Sebelum itu, pasangan itu telah ditahan di bazar Ramadan di Kuala Selangor, kira-kira jam 7.30 malam pada Jumaat.
Susulan itu, berpandukan maklumat pasangan berkenaan, polis menyerbu kediaman mereka di Kuala Selangor sebelum menemui sepucuk pistol dalam kereta jenis Honda Jazz.
Melalui soal siasat, suspek mendakwa telah membeli senjata di Thailand sebelum diserahkan kepada seorang lelaki warga asing dipercayai rakyat Israel.
Pada Jumaat, Razarudin mendedahkan penahanan suspek lelaki dipercayai warga Israel berusia 36 tahun di sebuah hotel di Jalan Ampang pada Rabu.
Polis turut menemui enam pistol termasuk SIG Sauer, Smith dan Wesson serta Glock selain 200 butir peluru selain dua pasport iaitu pasport Perancis yang digunakannya untuk masuk ke Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu serta satu pasport Israel.
Berdasarkan soal siasat yang dilakukan, suspek mendakwa datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaan itu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 30 2024
Senjata api yang dirampas polis susulan penahanan seorang lelaki dipercayai warga Israel di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu. - Foto PDRM
Pembinaan Stolport di Spaoh dijangka ubah landskap Betong
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia satu perkembangan menarik kerana Betong sebelum ini hanya dapat dihubungi melalui laluan darat dan ia menyebabkan urusan memasarkan produk kawasan itu ke luar negara terbatas
PGA Tawau rampas rokok seludup bernilai RM283,640
Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah merampas pelbagai jenis rokok bernilai RM283,640 disyaki diseludup masuk dari negara jiran di sebuah penempatan setinggan di Tawau, pada Jumaat.
Kompleks Kebudayaan Sabah martabat warisan negeri
Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew Chin Jin, menjelaskan, Kompleks Kebudayaan Sabah akan menampilkan rekaan yang melambangkan keperibadian setiap kumpulan etnik di Sabah
Sabah peruntuk RM102.87 juta perkasa sektor pelancongan
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor RM102.87 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk tujuan operasi dan pelaksanaan pelbagai program serta projek pembangunan pada 2025.
Sarawak jadi pemangkin kuasa tenaga ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan telah berbincang dengan kerajaan Filipina untuk membolehkan kekuatan tenaga dari Sarawak dan Sabah menjurus ke Indonesia dan seterusnya ke Filipina.
Abang Johari sifatkan anugerah MIP pengiktirafan untuk Sarawak
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan Penganugerahan Felo Kehormat Institut Perancangan Malaysia (MIP) itu sebagai mengiktiraf pengurusan ekonomi Sarawak yang telah merekodkan pendapatan tinggi selain kejayaan Gabungan Parti Sarawak mencipta kestabilan politik.
Penganugerahan Felo Kehormat MIP kepada Premier Sarawak tepat - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penganugerahan Felo Kehormat Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah bertepatan kerana kepimpinannya yang cemerlang dalam membangunkan Sarawak.
Pemain termuda Manchester United, David Gaskell meninggal dunia pada usia 84 tahun
Pemain termuda dalam sejarah Manchester United, bekas penjaga gol David Gaskell, meninggal dunia pada usia 84 tahun.
Harith Iskander, keluarga terima ugutan bunuh
Pelawak Harith Iskander tampil membuat laporan polis apabila menerima ugutan bunuh susulan perkongsiannya berkenaan sensitiviti isu 'ham' baru-baru ini.
Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution
Tempoh proses permohonan permit masuk kini telah dipertingkatkan dengan hanya mengambil masa maksimum enam bulan selepas dokumen lengkap dikemukakan.
Risikan, kesan pergerakan Israel di Malaysia perlu dipertingkat
Mapim menyeru pihak berkuasa meningkatkan risikan dan mengesan sebarang pergerakan operasi Israel terhadap Malaysia ekoran penahanan seorang warga Israel.
Bekal senjata kepada lelaki Israel, suami isteri direman seminggu
Pasangan suami isteri yang ditahan di Kuala Selangor pada Jumaat, direman tujuh hari untuk siasatan kerana disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel.