KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengakui berdepan beberapa kekangan yang tidak dapat diatasi sepenuhnya bagi membekalkan dan menyalurkan air bersih kepada rakyat negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Izani Husin berkata kekangan itu termasuk masalah kebergantungan kepada sumber air bawah tanah, loji rawatan air (LRA) yang tidak mencukupi, kebocoran air akibat paip lama dan peningkatan populasi.
"Kita juga berdepan masalah kualiti air kerana kebanyakan tanah di negeri ini mengandungi mineral tinggi seperti magnesium yang memerlukan kos tinggi dan tempoh rawatan air lebih lama.
"Dalam keadaan ini berlaku pula kemarau menyebabkan kita terpaksa mengagihkan air mengikut keutamaan secara bergilir-gilir di beberapa kawasan yang mengalami masalah bekalan air yang serius," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas masalah bekalan air di negeri ini selepas Majlis Perasmian Cabutan Kerja Undi Jabatan Kerja Raya, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kelantan Bil 1/2024 di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Izani yang mewakili kerajaan negeri memohon maaf kepada semua pengguna yang terkesan dengan masalah itu dan memberi ruang kepada pihaknya untuk menyelesaikan secara berperingkat.
Beliau memaklumkan akan mengatasi masalah itu selewat-lewatnya pada 2028 selepas beberapa LRA baharu siap dan dengan harapan mendapat kerjasama kerajaan Persekutuan untuk membantu penukaran paip lama dalam tempoh itu.
"Paip lama sedia ada tidak dapat menampung jumlah tekanan air yang banyak untuk disalurkan kepada pengguna kerana sudah reput dan berdepan risiko kebocoran," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata masalah bekalan air di beberapa kawasan di Bachok sedang diatasi melalui perkongsian LRA Chicha dan Pasir Tumboh semetara LRA di Telok dijangka siap pada April ini.
"Kita tahu air adalah sumber penting dan utama, kami memohon maaf kerana tidak sempat membekalkan air. Cuma kami harap rakyat dapat bersabar dan beri kami masa untuk selesaikannya dan dalam tempoh itu kita akan usahakan pelbagai cara termasuk bantuan penghantaran air ke rumah yang terkesan," katanya.
Hari ini Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) menyatakan gangguan bekalan air di Gunung, Bachok khususnya di Taman Putri Saadong dan kawasan berhampiran bersifat berkala dan sementara.
AKSB memaklumkan punca bekalan air terputus kerana bekalan yang diterima daripada LRA Chicha menyusut berikutan penerobosan air masin di Sungai Pengkalan Datu, Pasir Tumbuh hingga menyebabkan kandungan klorida melebihi kadar dibenarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Antara kekangan yang dihadapi termasuk masalah kebergantungan kepada sumber air bawah tanah, LRA yang tidak cukup, kebocoran air dan peningkatan populasi. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bekalan air bersih: Kelantan akui berdepan kekangan, perlu kerjasama Persekutuan
Kekangan itu termasuk masalah kebergantungan kepada sumber air bawah tanah, LRA yang tidak cukup, kebocoran air dan peningkatan populasi.
Henti tuding jari, fokus selesai masalah elektrik dan air Sabah - Ewon
Semua ADUN dan Ahli Parlimen Sabah tidak kira kerajaan mahupun pembangkang diharap dapat bersatu dan bersama-sama mencari kaedah konkrit bagi menyelesaikan masalah bekalan elektrik dan air bersih.
Chaah tiada bekalan air bersih susulan paip pecah dibawa arus
Gangguan bekalan air dialami 3,962 akaun dari Chaah hingga ke Kampung Sungai Haji Kamisan.
Adaptasi teknologi IR 4.0 bantu kurangkan kos operasi rawatan air di Melaka
Sulaiman berkata pembangunan pesat telah menyebabkan permintaan air bersih semakin meningkat.
Perancis siap sedia hadapi gelombang panas keempat
Keadaan itu menyebabkan beberapa kampung terputus bekalan air bersih dan petani memberi amaran kekurangan hasil menjelang musim sejuk.
RM120 juta diperlukan untuk baik pulih sistem paip
Keadaan paip ke Pulau Redang berusia lebih 25 tahun yang uzur itu menyebabkan sering berlaku kebocoran.
Kualiti air sungai di Selangor masih selamat - MB
Hanya dua sungai di negeri berkenaan berada pada kategori sederhana iaitu Sungai Klang dan sebahagian kecil di hulu Sungai Langat.
Banjir: Penduduk Kampung Mandeling terputus bekalan air bersih, jambatan runtuh lebih seminggu
Kira-kira 19 buah rumah di Kampung Mendeling, Hulu Langat terputus bekalan air bersih, lebih seminggu yang lalu akibat banjir besar yang melanda kawasan itu, Sabtu lalu.
Banjir: 79 pelancong terkandas di Taman Negara dibawa keluar
Kesemua mereka adalah pelancong yang mendaftar masuk di empat resort di Taman Negara semasa cuti hujung tahun.
Gangguan bekalan air di daerah Johor Bahru mulai 30 Julai
Penyelenggaraan di LRA akan bermula pada pukul 10 pagi pada 30 Julai dan dijadualkan berakhir pukul 9.00 pagi keesokan harinya.