awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di 259 kawasan pulih sepenuhnya - Air Selangor

Bernama
Bernama
08/10/2020
09:18 MYT
Bekalan air di 259 kawasan pulih sepenuhnya - Air Selangor
Sebanyak 259 daripada 274 kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual, menerima bekalan air sepenuhnya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Sebanyak 259 daripada 274 kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi, menerima bekalan air sepenuhnya dengan tahap peratusan pemulihan 95 peratus setakat 12 tengah hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri memaklumkan sebanyak 15 kawasan masih dalam proses pemulihan iaitu di Wilayah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Langat.
"Peratusan pemulihan mengikut wilayah iaitu di Petaling mencatat 90 peratus, Hulu Langat 95 peratus, Kuala Langat 86 peratus manakala Sepang dan Putrajaya 100 peratus.
"Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan yang masih terjejas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Krisis air Selangor: Bahan buangan ditemui di lokasi punca pencemaran Sungai Semenyih
Air Selangor menyarankan pengguna mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran komunikasi rasmi dengan merujuk aplikasi Air Selangor, media sosial Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.
Sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang/Putrajaya mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak Ahad, apabila LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas akibat pencemaran sumber air mentah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Air Selangor
#Sungai Semenyih
#loji rawatan air
#Bukit Tampoi
#pulih sepenuhnya
#Elina Baseri
#Petaling
#Hulu Langat
#Kuala Langat
#Sepang
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan