awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di 274 kawasan pulih sepenuhnya - Air Selangor

Bernama
Bernama
09/10/2020
02:50 MYT
Bekalan air di 274 kawasan pulih sepenuhnya - Air Selangor
Gangguan bekalan air di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya pulih sepenuhnya pada 6 pagi tadi. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR:Gangguan bekalan air di kesemua 274 kawasan terjejas di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya melibatkan 309,687 akaun pengguna telah pulih sepenuhnya pada 6 pagi tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Suhaimi Kamaralzaman berkata pelan pemulihan bekalan air berjaya dilaksanakan 12 jam lebih awal setelah Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi kembali beroperasi.
"Air bersih yang disalurkan kepada pengguna telah melalui ujian kualiti dan pematuhan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
"Air Selangor berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang gangguan tidak berjadual ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya meminta kerjasama daripada pihak berkuasa dan pengguna untuk bersama-sama memelihara sungai daripada tercemar dengan menjadi mata dan telinga melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berhampiran kawasan sungai.
Orang ramai juga disaran mendapatkan maklumat gangguan bekalan air melalui saluran rasmi seperti aplikasi dan media sosial serta laman web Air Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Air Selangor
#Kuala Langat
#Sepang
#Semenyih
#Putrajaya
#Petaling
#loji rawatan air
#LRA Bukit Tampoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan