awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di Lembah Kelang mulai pulih tengah malam ini secara berperingkat

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2018
10:41 MYT
Bekalan air  di Lembah Kelang mulai pulih tengah malam ini secara berperingkat
Orang ramai mengambil air di pili awam susulan gangguan bekalan air di sekitar Lembah Kelang pada 6 Mac lalu.
Penduduk di Lembah Kelang yang terjejas akibat terputus bekalan air sejak Selasa, kini boleh menarik nafas lega.
Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) telah beroperasi dengan purata kapasiti 830 juta liter sehari (JLH).
Syarikat itu dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini, memberitahu proses pengepaman bekalan ke Kolam Imbangan Bukit Tadun kini giat dijalankan sebelum penyaluran ke sistem utama serta kolam-kolam perkhidtmatan bagi proses pemulihan.
Sehubungan itu, bekalan air bagi semua kawasan terjejas akan bermula tengah malam ini atau awal pagi esok bergantung kepada tekanan sistem agihan.
Seterusnya, pemulihan bekalan akan berlaku secara berperingkat bergantung kepada geografi dan altitud premis pelanggan.
Sejumlah 427 kawasan di Lembah Kelang mengalami gangguan bekalan air bermula 6 Mac lalu susulan kerja pembaikan Sistem Mampatan di SSP3.
Topic Berkaitan
#air
#Bekalan Air Pulih
#Lembah Kelang
#ssp3
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan