awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di Manjung, Perak Tengah pulih sepenuhnya - LAP

Bernama
Bernama
06/04/2023
08:16 MYT
Bekalan air di Manjung, Perak Tengah pulih sepenuhnya - LAP
Sebanyak 79,360 akaun pengguna di Daerah Manjung dan Perak Tengah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak tengah hari Jumaat lepas. - Gambar hiasan
IPOH: Bekalan air yang menjejaskan hampir 80,000 akaun pengguna di daerah Manjung dan Perak Tengah pulih sepenuhnya awal pagi tadi, kata Pengurus Besar Lembaga Air Perak (LAP) Datuk Ishak Abd Rahman.
Beliau berkata Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Kepayang, Bota juga telah beroperasi sepenuhnya.
"Semua dah okey, kembali seperti biasa, boleh kata 100 peratus (pulih) tetapi mungkin ada berlaku sedikit tekanan air rendah dan itu adalah perkara biasa.
"Loji (LRA Teluk Kepayang) pun dah jalan sepenuhnya, bekalan pun dah penuh, secara keseluruhannya (pelanggan) dah dapat (bekalan air). Pihak kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan kerana memahami keadaan itu," katanya kepada Bernama.
Pada 3 April, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata bekalan air di kawasan berkenaan dijangka pulih sebelum 8 April.
Menurutnya ketika itu kerja-kerja pembaikan giat dijalankan pihak kontraktor selepas berlakunya gangguan bekalan utiliti tersebut sejak 31 Mac lepas.
Sebanyak 79,360 akaun pengguna di Daerah Manjung dan Perak Tengah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak tengah hari Jumaat lepas, akibat paip air mentah bocor di muka sauk LRA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekalan Air Pulih
#manjung
#Perak Tengah
#Lembaga Air Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan