awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di Petaling pulih sepenuhnya - Air Selangor

Bernama
Bernama
01/10/2020
01:22 MYT
Bekalan air di Petaling pulih sepenuhnya - Air Selangor
Pada kira-kira 11 malam semalam, sebanyak 29 kawasan di daerah Petaling, mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Persiaran Mimbar. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Petaling, sejak malam tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata kerja-kerja pembaikan paip pecah yang dijalankan di Persiaran Mimbar, Bukit Jelutong, Shah Alam dekat sini telah selesai pada 2.50 pagi tadi.
"Berikutan kerja-kerja pembaikan siap lebih awal daripada dijadualkan, bekalan air telah pulih sepenuhnya di semua kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu boleh melayari semua medium laman sosial Air Selangor termasuk di Twitter, Facebook, Instagram dan laman webnya.
Pada kira-kira 11 malam semalam, sebanyak 29 kawasan di daerah Petaling, mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Persiaran Mimbar.
Kawasan tersebut melibatkan Bandar Kinrara 1, 2, 3, 4, 5 dan 9, Jalan Puchong Batu 7 hingga Jalan Puchong Batu 13, Kampung Bohol, Jalan Kenari, PJS 1 hingga PJS 11, Kampung Lembah Kinrara dan Puchong Mesra.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#bekalan air
#Petaling
#Air Selangor
#kerja pembaikan
#paip pecah
#gangguan
#Puchong
#kinrara
#shah alam
#bukit jelutong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan