MALAYSIA
Bekalan air di Sandakan belum stabil, restoran terpaksa guna cawan, sudu pakai buang
Bekalan air mula pulih secara berperingkat selepas Loji Rawatan Air Segaliud kembali beroperasi, namun tekanan air masih rendah dan tidak mencukupi untuk operasi penuh restoran. - Gambar hiasan
SANDAKAN: Sebahagian restoran di daerah ini terpaksa menggunakan cawan kertas dan kutleri plastik bagi membolehkan operasi perniagaan dapat diteruskan kerana bekalan air masih belum stabil setelah terjejas sejak minggu lepas.
Ringkasan AI
Pekerja sebuah restoran Mohd Rosman Saluuis, 25, berkata langkah itu terpaksa dilakukan untuk menjimatkan penggunaan air bagi mencuci cawan, sudu dan garpu, sejak hari kedua gangguan bekalan air di Sandakan.
Bagaimanapun, restoran itu katanya, kekal menggunakan pinggan seramik kerana pinggan kertas mahupun polistirena tidak sesuai untuk menghidangkan makanan panas.
Mohd Rosman berkata bekalan air sudah mula disalurkan sejak Khamis lepas, namun tekanan air yang rendah tidak cukup untuk mengisi keseluruhan tangki yang diletakkan di belakang restoran itu.
"Bekalan air mula pulih, tetapi masih belum stabil. Jadi, kami perlu menggunakan air secara berhemat supaya simpanan air sedia ada boleh digunakan untuk memasak.
"Sepanjang seminggu ini, kami terpaksa beroperasi separuh hari untuk dua hari berturut-turut kerana kehabisan simpanan air. Jadi, kami harap bekalan air pulih sepenuhnya hari ini," katanya kepada Bernama.
Mohd Rosman berkata selain itu, mereka juga membeli 20 hingga 30 karton air mineral 1.5 liter setiap hari untuk kegunaan restoran.
Sementara itu, pekerja kopitiam Mohd Hanif Sahari, 27, berkata ketika gangguan air berlaku kedai makan itu juga menggunakan cawan kertas sebagai alternatif supaya perniagaan terbabit dapat terus beroperasi.
"Banyak juga restoran yang terpaksa ditutup semasa gangguan bekalan air berlaku," katanya.
Bekalan air yang terjejas di Sandakan sejak 13 Sept telah kembali pulih secara berperingkat selepas Loji Rawatan Air (LRA) Segaliud kembali beroperasi bermula pada Rabu lepas.
Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) memaklumkan LRA Segaliud mula beroperasi dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 130 juta liter air sehari setelah kerja-kerja baik pulih talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud selesai.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sebahagian restoran di Sandakan terpaksa menggunakan cawan kertas dan kutleri plastik untuk menjimatkan penggunaan air susulan gangguan bekalan air sejak minggu lepas, sementara pinggan seramik masih digunakan untuk makanan panas.
- Bekalan air mula pulih secara berperingkat selepas Loji Rawatan Air Segaliud kembali beroperasi, namun tekanan air masih rendah dan tidak mencukupi untuk operasi penuh restoran, menyebabkan sesetengah premis hanya beroperasi separuh hari.
- Restoran turut membeli air mineral dalam jumlah besar setiap hari untuk kegunaan harian, sementara Jabatan Air Negeri Sabah memaklumkan kapasiti pengeluaran loji kini mencecah 130 juta liter sehari selepas kerja baik pulih talian penghantaran selesai.