awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air ke tujuh kawasan terjejas pulih 94 peratus - Air Selangor

Bernama
Bernama
13/02/2023
07:59 MYT
Bekalan air ke tujuh kawasan terjejas pulih 94 peratus - Air Selangor
Bekalan air untuk semua kawasan terlibat dijangka pulih sepenuhnya pada 6 pagi esok (Selasa). - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan gangguan bekalan air disebabkan henti tugas sementara empat Loji Rawatan Air (LRA) berikutan insiden pencemaran bau di Muka Sauk Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, sejak malam Sabtu lepas telah pulih hampir 94 peratus setakat 12 tengah hari ini.
Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri berkata bekalan air di kawasan di Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat telah pulih sepenuhnya, manakala di kawasan Klang dan Shah Alam serta Kuala Selangor, masing-masing pulih 83 dan 99 peratus.
Katanya kawasan di Kuala Selangor yang masih belum pulih bekalan air ialah Bukit Kerayong, manakala di Klang dan Shah Alam melibatkan 65 kawasan antaranya Kampung Bukit Cerakah, Aman Perdana, Bandar Baru Bukit Raja, Taman Sri Andalas, Seksyen 25 dan Taman Batu Tiga (Taman Mutiara Subang).
"Tempoh masa pemulihan bekalan air berbeza daripada satu kawasan dengan kawasan lain, bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bekalan air untuk semua kawasan terlibat dijangka pulih sepenuhnya pada 6 pagi esok (Selasa).
Air Selangor turut menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih, sebelum digunakan untuk kegunaan harian.
Pengguna yang telah mendapat bekalan air juga diharap menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.
Insiden pencemaran bau di Muka Sauk LRA Rantau Panjang menyebabkan LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 dihenti tugas sejak malam Sabtu (11 Feb) lepas, namun kesemua loji berkenaan telah kembali beroperasi sepenuhnya pada keesokan paginya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#gangguan air
#loji rawatan air
#LRA Rantau Panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan