awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air ke wilayah terjejas pulih 89 peratus - Air Selangor

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
12/02/2023
23:45 MYT
Bekalan air ke wilayah terjejas pulih 89 peratus - Air Selangor
Tempoh pemulihan bekalan air di kawasan terjejas itu bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekalan air ke kawasan terjejas susulan henti tugas sementara disebabkan insiden pencemaran bau di Muka Sauk Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, sudah pulih 89 peratus setakat 6 pagi tadi.
Air Selangor Sdn Bhd berkata, peratusan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas seperti di Petaling adalah 100 peratus, Gombak (100 peratus), Hulu Selangor (100 peratus), Klang & Shah Alam (83 peratus), Kuala Langat (kosong peratus) dan Kuala Selangor (99 peratus).
"Tempoh pemulihan bekalan air di kawasan terjejas itu bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
"Air Selangor ingin menasihatkan pengguna yang sudah dan akan mendapat bekalan air supaya membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum untuk kegunaan harian," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Pengguna juga boleh merujuk di semua saluran rasmi platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
"Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan ke Help Centre di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," katanya.
Terdahulu, Air Selangor mengumumkan empat LRA di negeri itu, iaitu LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2, dan LRA Sungai Selangor Fasa 3, telah kembali beroperasi sepenuhnya.
END/
Topic Berkaitan
#pencemaran bau
#Air Selangor
#LRA Rantau Panjang
#bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan