MALAYSIA
Bekalan air pulih sepenuhnya di kawasan terjejas - Syabas
Bekalan air di enam kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual pulih sepenuhnya. -Gambar hiasan
Bekalan air di enam kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual susulan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), telah pulih sepenuhnya.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata ia berdasarkan pemantauan di lapangan dan bacaan tekanan di sistem-sistem agihan sehingga 6 pagi ini.
Henti tugas LRA SSP2 bermula Rabu lepas sebelum ini dilapor menyebabkan gangguan bekalan air melibatkan 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di Shah Alam/Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
"Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan terlibat atas kerjasama diberikan ketika gangguan bekalan sementara dan kerja penambahbaikan tersebut," kata Syabas yang merupakan ahli kumpulan Air Selangor dalam satu kenyataan.

#gangguan bekalan air
#kerja penambahbaikan sistem bekalan air
#Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2
#LRA SSP2
#SYABAS
#Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd