awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan cukup pengaruhi kestabilan harga - Armizan Ali

Faida Rahim
Faida Rahim
27/03/2024
07:30 MYT
Bekalan cukup pengaruhi kestabilan harga - Armizan Ali
Armizan berkata, Kerajaan sentiasa berusaha pada tahap terbaik dalam memastikan bekalan bahan makanan mencukup menjelang Syawal. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pelbagai elemen diambil kira dalam menentukan harga barangan termasuk ketersediaan bekalan di pasaran yang akan mempengaruhi kestabilan harga.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI) dalam memastikan bekalan dalam pasaran terus mencukupi.
“Paling penting, ada orang yang tak bersetuju dengan saya tetapi ia berbalik dengan peranan consumers (pengguna) ... kuasa pengguna memainkan peranan dalam aspek harga yang ada.
“Lapan hak pengguna diiktiraf global adalah hak untuk memilih. Kita ada pilihan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan pusat panggilan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Kuala Lumpur Sentral pada Rabu.
Tambah beliau, Kerajaan sentiasa berusaha pada tahap terbaik dalam memastikan bekalan bahan makanan mencukup menjelang Syawal.
Dalam masa sama, rakyat mempunyai hak sebagai pengguna dalam memilih harga dan kualiti barangan.
“Kita harap dapat kerjasama... mekanisme daripada Kerajaan supaya bekalan sentiasa ada... mengawal supaya peniaga mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan dengan tidak lakukan pencatutan dan kenaikan harga pada kadar tidak munasabah.
“Kita juga berharap rakyat sebagai pengguna juga memainkan peranan dengan menggunakan hak yang ada iaitu hak untuk memilih,” katanya.
Topic Berkaitan
#kpdn
#harga barang
#Armizan Mohd Ali
#bekalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan