KUALA LUMPUR: Bekalan dan harga ayam didapati terkawal walaupun selepas kerajaan mengumumkan penghapusan subsidi berkuat kuasa semalam, menurut Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Iskandar Ismail berkata berdasarkan pemantauan, persaingan dalam pasaran ayam dilihat menunjukkan tanda-tanda yang positif.
"MyCC melihat bahawa bekalan ayam di pasaran tidak mengalami sebarang gangguan, dan harga ayam bagi tempoh dua hari pertama dijual RM6.49 hingga RM11.00 sekilogram. Sehingga hari ini kami tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata MyCC akan terus membuat pemantauan bagi mengesan sebarang tanda-tanda kewujudan pelakuan antipersaingan, di samping bagi mengelak mana-mana pihak mengambil kesempatan daripada pemansuhan subsidi dan penghapusan harga kawalan ayam.
"Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya terdapat sebarang tanda yang menunjukkan bahawa terdapat gangguan terhadap proses persaingan oleh mana-mana pemain industri," katanya.
Iskandar berkata MyCC juga bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap sebarang gangguan dalam proses persaingan dalam pasaran ayam terutamanya yang melibatkan aktiviti kartel.
MyCC mengalu-alukan sebarang aduan atau perkongsian maklumat yang berkaitan dengan isu-isu yang relevan baik dari pengguna mahupun peniaga, dan mereka boleh berbuat demikian melalui laman sesawang www.mycc.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Iskandar berkata berdasarkan pemantauan, persaingan dalam pasaran ayam dilihat menunjukkan tanda-tanda yang positif. - Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.