Bekalan elektrik terganggu, lampu isyarat tidak berfungsi di KL - DBKL

Afiezy Azaman
Julai 27, 2022 06:07 MYT
Terdahulu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan dan punca kejadian sedang dikenal pasti. - Foto Astro AWANI/Zef Othman
KUALA LUMPUR: Lampu isyarat di kebanyakan jalan raya sekitar Kuala Lumpur tidak berfungsi susulan bekalan elektrik yang terputus, pada Rabu.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan Petugas Warden Trafik untuk mengawal dan mengawasi trafik di jalan-jalan utama.
"Sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta berhati hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Terdahulu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan dan punca kejadian sedang dikenal pasti.
Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, gangguan bekalan elektrik turut berlaku di beberapa buah negeri di Semenanjung.
#gangguan bekalan elektrik #Dewan Bandaraya Kuala Lumpur #Tenaga Nasional Berhad #lampu isyarat