awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan keperluan asas di PKPD Medan 88 mencukupi - Rina Harun

Fareez Azman
Fareez Azman
12/11/2020
06:47 MYT
Bekalan keperluan asas di PKPD Medan 88 mencukupi - Rina Harun
Rina Mohd Harun berkata bantuan keperluan telah disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi penduduk setempat. - Foto Astro AWANI/Fareez Azman
SEPANG:Bantuan bekalan keperluan asas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi di sini mencukupi setakat ini.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata bantuan keperluan telah disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi penduduk setempat.
"JKM juga merupakan salah satu frontliner bertugas di PKPD ini selain bantuan makanan kita juga akan menyediakan keperluan khas sebagai contoh penghuni ini merupakan kanak-kanak dan wanita. Ada keperluan peribadi atau keperluan khas mereka perlukan, JKM sedia membantu mereka terjejas dalam PKPD di Salak Tinggi," katanya.
Pada masa yanng sama, JKM tambah Rina turut menempatkan pakar kaunseling di kawasan itu bagi membantu penduduk yang mengalami gangguan emosi dan psikologi.
"Kita ada tele-kaunseling, kaunselor kita di sini sekiranya ada aduan atau pandangan luahan perasaan berkaitan emosi memerlukan bimbingan kita akan sediakan kaunselor kita JKM akan ditempatkan di sini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Bilik Gerakan Bencana Daerah Sepang PKPD Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi pada Khamis.
Dalam lawatan itu, beliau turut menyampaikan 200 pek makanan kepada petugas barisan hadapan serta pihak pengamal media.
Topic Berkaitan
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#PKPD Medan 88
#Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#KPWKM
#Rina Mohd Harun
#Medan 88
#Bandar Baru Salak Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan