awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan kit ujian kendiri COVID-19 dalam pasaran mencukupi - MMA

Bernama
Bernama
12/03/2022
06:47 MYT
Bekalan kit ujian kendiri COVID-19 dalam pasaran mencukupi - MMA
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik kit ujian itu sehingga boleh menyebabkan bekalannya menyusut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekalan kit ujian kendiri COVID-19 dalam pasaran adalah mencukupi, dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik kit ujian itu sehingga boleh menyebabkan bekalannya menyusut.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai berkata, keperluan bagi melakukan ujian kendiri adalah hanya selepas menghadiri majlis besar, melawat warga emas atau individu yang lemah imun atau yang menunjukkan simptom.
Beliau berkata, profesional penjagaan kesihatan sendiri tidak menjalankan ujian kendiri secara harian, melainkan sekiranya ia jelas diperlukan untuk berbuat demikian dalam situasi berisiko tinggi tertentu.
"Disebabkan kebolehjangkitan varian Omicron yang tinggi, jumlah kes positif harian akan meningkat sehingga kita mencapai kemuncak, oleh itu adalah berhemat untuk kita menjaga SOP yang ditetapkan sepanjang masa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata walaupun ketepatan kit ujian kendiri mungkin tidak setanding dengan ujian Kit Ujian Pantas Antigen (RTK Ag) dan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT PCR) profesional, kit ujian kendiri berguna dalam mengesan kehadiran virus pada kes-kes bergejala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kit ujian kendiri
#COVID-19
#MMA
#gejala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan