awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin

Bernama
Bernama
20/12/2022
06:52 MYT
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Salahuddin ketika sidang media mengenai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Krismas 2022, di Bilik Media Bangunan Parlimen hari ini.- Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau berkata berdasarkan laporan diterima kementerian itu, pihaknya mendapati berlaku peningkatan terhadap harga sayur-sayuran tempatan.
"Isu itu saya juga minta pegawai penguat kuasa pastikan ia tidak berlaku penyorokan atau penyimpanan menjurus kepada pencatutan harga dan setakat ini, kita dapati ia (bekalan sayur) berkurangan atas sebab cuaca khususnya di negeri Pantai Timur," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Salahuddin turut mengumumkan kementerian itu akan menggerakkan bantuan bank makanan bermula hari ini kepada mangsa banjir dengan tumpuan pemberian makanan sedia dimasak. Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Beliau juga berkata buat masa ini, pihaknya tidak menerima aduan mengenai pencatutan harga barangan sebaliknya mendapat aduan mengenai kekurangan bekalan barangan di sesetengah kawasan, dan telah mengerakkan pegawai penguat kuasa bagi membuat semakan dan rondaan.
"Isu ini kita tak kategorikan sebagai satu kesalahan serius sebab pasar raya sama ada pasar raya besar atau supermarket, mereka mengadakan kawalan dalaman nanti kalau letak longgok (bekalan) semula, dikhuatiri akan berlaku serbuan atau pembelian panik," katanya.
Menurut beliau peniaga lazimnya dapat menjalankan kawalan bekalan yang munasabah di premis masing-masing, tetapi jika berlaku sorok atau mengaut keuntungan berlipat ganda, pegawai penguat kuasa akan mengambil tindakan serta-merta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#banjir
#bekalan makanan negara
#KPDNHEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan