NILAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan telur ayam di seluruh negara mencukupi meskipun beberapa kawasan ketika ini mengalami kekurangan kuantiti.
Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof berkata pihaknya sentiasa memantau bekalan telur ayam di pasaran selain turut bekerjasama dengan beberapa kementerian termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berhubung perkara itu.
Beliau berkata hasil pemantauan pihaknya turut mendapati tiada aduan diterima berhubung kes sorok bekalan telur ayam oleh mana-mana pihak khususnya peniaga setakat ini dan tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya wujud kegiatan terbabit.
"Saya ke beberapa negeri termasuk Melaka, Johor, Terengganu dan Langkawi. Memang ada sedikit isu tentang kuantiti tidak mencukupi tetapi bekalan ada. Ada yang saya lihat jualan sebelah pagi dah selesai, petang isi semula, ini menunjukkan kita masih ada bekalan yang baik.
"Malah, saya turut berhubung dengan Ketua Setiausaha MAFI dan pegawai kita hari ini ada perbincangan teknikal dengan beberapa kementerian bagi memastikan bekalan telur cukup untuk pasaran pengguna. Jadi, krisis secara menyeluruh dengan hampir semua bekalan terputus tidak berlaku," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau bekalan barangan makanan di sebuah pasar raya sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali selama seminggu hingga Rabu ini, di sini.
Dalam pada itu, Azman berkata faktor kekurangan kuantiti bekalan telur ayam di kawasan tertentu kemungkinan berikutan masalah pembayaran, pengangkutan, logistik dan lokasi yang jauh menyebabkan penghantaran bekalan sedikit terganggu.
Beliau turut berharap mana-mana pemain industri bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan bekalan makanan khususnya barangan basah mencukupi di pasaran dengan harga berpatutan terutama menjelang Deepavali.
Dalam perkembangan lain, Azman berkata sejak Januari hingga September lepas, 708,230 premis diperiksa di seluruh negara dan 9,421 tindakan kes diambil melibatkan pelbagai kesalahan termasuk berkaitan bekalan, harga, antipencatutan, ketirisan, cetak rompak, barang tiruan, halal dan sewa beli dengan rampasan berjumlah RM93.86 juta.
Selain itu, menurutnya KPDNHEP turut melupuskan pelbagai barangan seperti pakaian, kasut, aksesori dan barangan elektronik membabitkan nilai keseluruhan RM 24.61 juta bagi tempoh sama.
Katanya pelupusan barang rampasan itu melibatkan tindakan kes di bawah pelbagai kesalahan antaranya Akta Cap Dagangan 2019, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Jualan Langsung 1999, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

KPDNHEP sentiasa memantau bekalan telur ayam di pasaran selain turut bekerjasama dengan beberapa kementerian. - Gambar fail/Sinar Harian

Operasi SAR pelajar hilang di Pulau Mawar dihentikan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta yang dilapor hilang selepas mendaki bukit seorang diri di Pulau Mawar di sini dihentikan 7 malam, semalam.

Gempa bumi Turkiye: Operasi SAR pasukan SMART dipecah kepada beberapa unit - Nadma
Tujuh puluh anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye, kini dipecahkan kepada beberapa unit pasukan.

Tmax pasang Sistem Pengurusan Pangkalan Data Tibero di UiTM
Salah satu keperluan utama UiTM ialah mewujudkan pangkalan data di lokasi alternatif serta perlu mempunyai prestasi yang sama dengan pangkalan data utama UiTM.

4 MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
MoU itu melibatkan Tenaga Nasional Berhad dan anak syarikatnya serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan empat syarikat di Thailand.

Kedutaan Turkiye & Wisma Putra sedang atur operasi bersama - Duta Turkiye ke Malaysia
Duta Republik Türkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel memaklumkan bahawa mereka bersama Kementerian Luar dibantu NGO kemanusiaan akan menggerakkan pasukan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat di kawasan terkesan.

Musibah mempererat lagi hubungan Turkiye-Malaysia - Duta Turkiye ke Malaysia
Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel menyatakan setinggi penghargaan kepada respons pantas Malaysia untuk membantu Turkiye dan ia satu peristiwa penting dalam hubungan erat antara kedua-dua negara.

AWANI Ringkas: Wujudkan hospital lapangan di Turkiye
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008594/35293274941675861107760_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz; 1. Pembelian meragukan, kertas putih berkaitan vaksin dibentang di Parlimen 2. Malaysia terus bantu Turkiye, lebih dua juta disalurkan 3. MB Kedah dakwa rundingan agihan kerusi PH-BN akan gagal, sebab UMNO 4. Rasuah makin membarah, sampai urus jenazah pun minta suapan #AWANInews

Konflik Papua | Indonesia cari juruterbang warga New Zealand di Papua
Indonesia menggerakkan operasi mencari juruterbang warga New Zealand serta beberapa penumpang selepas sebuah pesawat kecil dibakar oleh sekumpulan pejuang pemisah di Papua.

Tragedi Itaewon | Menteri Korea Selatan dipecat gagal tangani situasi rempuhan
Ahli Parlimen Korea Selatan mengundi untuk menyingkirkan Menteri Dalam Negeri, Lee Sang-Min berhubung tindak balasnya terhadap insiden rempuhan Halloween di Itaewon.

Gerai jual ayam dan telur RM10 diserbu pengunjung di Jualan JER 2.0
Pengunjung sanggup beratur seawal 8 pagi kerana barangan tersebut dijual pada harga runtuh, iaitu masing-masing hanya RM10.

New Zealand alami kekurangan bekalan telur
Penduduk New Zealand mengalami kekurangan bekalan telur ayam sejak lebih sebulan yang turut menjejaskan hidangan sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu.

Sesak 5km: Ribuan telur ayam pecah, bertaburan atas jalan
Ribuan telur ayam pecah dan bertaburan di atas jalan raya selepas sebuah lori membawa muatan itu terlibat dalam kemalangan dekat Rembau.

KPDN kenakan notis terhadap peruncit kenakan caj tambahan
Dua notis dikeluarkan ke atas peruncit selepas mengenakan caj tambahan ke atas penjualan telur ayam di daerah Kubang Pasu.

Bekalan telur di Pulau Pinang mencukupi - KPDN
OP Terjah yang dijalankan KPDN mendapati bekalan telur ayam mencukupi iaitu sebanyak 50 hingga 60 peratus berbanding sebelum ini.

40 premis di Selangor kekurangan bekalan telur ayam
Ia dikesan hasil pemeriksaan ke atas 110 premis membabitkan pasar awam, pasar mini, kedai runcit, gerai penjaja kecil dan kedai makan di negeri itu.

Bekalan makanan: Singapura lulus import telur ayam dari Brunei
Jelas SFA lagi, pengeluaran telur tempatan kini menyumbang kepada kira-kira 30 peratus daripada jumlah penggunaan telur ayam Singapura.

Import telur ayam bukan penyelesaian masalah, hentikan eksport - Ameer Mydin
Rancangan kerajaan untuk mengimport telur ayam bagi menyelesaikan kekurangan bekalan dalam pasaran bukan penyelesaian masalah menampung keperluan di negara ini.

Sumber luar dikenal pasti untuk tampung bekalan telur - Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengenalpasti beberapa sumber dari luar negara untuk menampung keperluan bekalan telur ayam dalam negara sebagai pelan jangka pendek.

Isu bekalan telur ayam, minyak: Salahuddin jumpa pemain industri esok
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) akan mengadakan perjumpaan khas dengan pemain industri telur ayam dan minyak masak peket esok.