SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) Negeri Sembilan mengesan masalah kekurangan bekalan telur ayam di peringkat peruncit di beberapa kawasan di negeri ini.
Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata, ia disebabkan permintaan yang agak tinggi daripada pengguna terutama menjelang musim perayaan Deepavali tidak lama lagi.
"Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan sejak awal Oktober ini, didapati terdapat kekurangan bekalan telur ayam pada peringkat peruncit di sesetengah kawasan seperti di Nilai.
"Namun begitu, pengurangan bekalan di sesetengah kawasan terbabit tidak memberikan kesan kenaikan harga dan peniaga masih mematuhi harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, bagi peringkat runcit, harga ditetapkan kerajaan untuk telur Ayam Gred A RM 0.45/biji, Gred B RM 0.43/biji, dan Gred C 0.41/biji.
Beliau berkata, untuk memastikan bekalan telur ayam di negeri ini sentiasa mencukupi, pihaknya akan memantau kedudukan bekalan telur ayam di 151 peruncit terpilih.
"Berdasarkan rekod pada 18 Oktober lalu, terdapat 308,470 biji telur pelbagai gred berada di pasaran untuk pengguna yang disediakan di 151 peruncit.
"Semakan juga telah dijalankan di dua ladang telur ayam di negeri ini dan mendapati tidak berlaku pengurangan pengeluaran bekalan telur ayam di peringkat ladang," jelasnya.
Sementara itu, beliau berkata, sehingga kini, pihaknya hanya menerima satu aduan melalui sistem e-aduan KPDNHEP berhubung kekurangan bekalan telur ayam di sebuah premis di Nilai.
Bagaimanapun katanya, pemeriksaan dilakukan mendapati, hanya premis berkenaan yang mengalami kekurangan bekalan berikutan permintaan yang tinggi.
"Pengguna dinasihatkan supaya membuat pembelian telur ayam secara biasa dan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
"Sekiranya pengguna membuat pembelian secara panik dengan kuantiti yang banyak, ia akan menyebabkan gangguan rantaian bekalan setempat secara tiba-tiba," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 18 2022

Pegawai KPDNHEP membuat pemeriksaan bekalan telur ayam di premis perniagaan. -Foto Sinar Harian

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

APM mohon kerajaan pertimbang 1,501 jawatan kontrak
Penambahan perlu dibuat kerana rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang luas dan berjiwa besar untuk menjadi anggota APM.

SSM cadang semak semula kriteria pengecualian audit bagi syarikat persendirian di Malaysia
SSM berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif.

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.

Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.

KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.

Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.

Kompaun lebih RM500,000 kepada pengeluar, pemborong dan peruncit ayam, telur ayam - KPDNHEP
Kompaun dikeluarkan menerusi 2,205 tindakan penguatkuasaan bagi membanteras pencatutan harga barangan kawalan bersubsidi.

Telur ada tidak disorok, henti buat pembelian panik - KPDNHEP
Pembelian panik terhadap telur papan menyebabkan masalah kekurangan bekalan mentah itu semakin serius di ibu negara.

Tumpu soal kos sara hidup satu pendekatan yang tepat - MPPN
Langkah kerajaan menumpukan perhatian terhadap isu kos sara hidup dilihat satu pendekatan yang amat wajar.

Harga minyak masak 5kg turun kepada RM30.90 bermula Selasa
Harga minyak masak kemasan botol lima kilogram (kg) turun 60 sen kepada RM30.90 berbanding RM31.50 berkuat kuasa dari 8 Nov hingga 7 Dis ini.