awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan telur di Pulau Pinang mencukupi - KPDN

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
05/01/2023
07:01 MYT
Bekalan telur di Pulau Pinang mencukupi - KPDN
Bekalan telur ayam di Pulau Pinang dijamin mencukupi bagi menampung permintaan tinggi pengguna termasuk ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Bekalan telur ayam di Pulau Pinang dijamin mencukupi bagi menampung permintaan tinggi pengguna termasuk ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, Jegan R. Subramaniam berkata, sepanjang OP Terjah yang dijalankan pada 16 Disember hingga 4 Januari (semalam), pihaknya mendapati bekalan telur ayam mencukupi iaitu sebanyak 50 hingga 60 peratus berbanding sebelum ini.
Beliau berkata, pemeriksaan dijalankan di semua rantaian melibatkan pemborong, pasaraya dan peruncit.
Jelasnya, pemborong memperoleh bekalan telur seperti biasa dan tiada masalah dengan bekalan, cuma ada dalam kalangan peruncit yang mengalami gangguan bekalan atas beberapa faktor lain.
“Kita telah jalankan pemeriksaan (ke atas) 409 premis kita kategorikan dalam kod warna hijau (mencukupi) ada 337 berbanding kuning (bekalan berkurangan) 23, merah (tiada bekalan) 12… maksudnya bekalan telur ayam mencukupi di Pulau Pinang. Kita harap ia akan berkekalan sehingga musim perayaan,” kata Jegan.
Jegan berkata demikian dalam sidang media di Stor Penyimpanan Eksibit KPDN Bukit Minyak, di sini, pada Khamis.
Hadir sama Timbalan Pengarah KPDN negeri , A.Mogan.
Menurut Jegan, sepanjang pemantauan pihaknya mendapati bekalan telur mencukupi namun ia bergantung kepada kaedah penghantaran daripada pihak pemborong kepada pihak peruncit dan pasaraya.
Sehubungan itu, beliau berkata, KPDN negeri akan sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan bekalan telur ayam dan barangan keperluan asas yang lain seperti ayam, gula,minyak masak dan tepung gandum mencukupi untuk kegunaan pengguna.
Topic Berkaitan
#telur ayam
#bekalan telur ayam
#pulau pinang
#Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan