JASIN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan telur termasuk gred A dan B di seluruh negara stabil bagi menampung keperluan pengguna sepanjang Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri.
Pemangku Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata bagaimanapun permintaan bagi gred AA, gred A dan gred B meningkat di bulan puasa berikutan ia bahan utama digunakan untuk membuat kuih, kek, biskut raya dan juadah berbuka.
"Namun FAMA difahamkan pihak pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.
"Secara keseluruhan kita mempunyai banyak pilihan termasuk telur omega dan telur kampung yang mempunyai saiz membolehkan pengguna membuat pilihan," katanya kepada pemberita pada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Ramadan Madani @ Pasar Tani di Merlimau di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA Rosilawati Abu Hassan dan Pengarah FAMA negeri Hairudin Yunos.
Abdul Rashid berkata FAMA juga akan memastikan bekalan telur di pasaran mencukupi dan menambah bekalan di mana-mana tempat sekiranya mendapat maklumat berlaku kekurangan seperti di negeri-negeri pantai timur.
"Apabila berlaku kekurangan telur kita akan berbincang dengan pembekal dan antara perbincangan itu kuota yang diberikan kepada FAMA untuk tingkatkan bekalan di Kelantan, Terengganu dan Pahang mengalami kekurangan bekalan kerana tiada pengeluaran kilang yang besar," katanya.
Beliau berkata FAMA juga mengambil langkah proaktif dengan mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri dan berbincang untuk memasarkan telur ayam ke seluruh negara dan sehingga 31 Mac, FAMA telah mengedarkan sebanyak 21.5 juta biji telur melalui 369 outlet pemasarannya di seluruh negara.
"Intervensi ini diteruskan sehingga Jun tahun ini, namun penilaian semasa akan dilakukan sama ada perlu diteruskan lagi sehingga hujung tahun dan buat masa ini FAMA memperoleh bekalan dari tujuh negeri pembekal utama komoditi itu Melaka, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata pencapaian nilai jualan JTDL pada tahun lepas mencatatkan RM16.37 juta dengan melibatkan 7,626 usahawan di 1,032 lokasi seluruh negara.
Katanya, pelaksanaan JTDL dilihat sebagai satu daripada program 'quick win' FAMA dalam membantu pengeluar memasarkan produk secara terus kepada pengguna dan secara langsung dapat mengurangkan kos hidup rakyat terutama dalam komoditi agromakanan melalui penjimatan harga ditawarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2023

Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna, tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak. -Gambar fail

Kertas siasatan terhadap Tun M sudah lengkap - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kertas siasatan terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hubungan kukuh negeri, persekutuan penting - Ahmad Zahid
Hubungan kukuh antara kerajaan negeri dan pusat penting dalam perlaksanaan projek pembangunan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Korea Selatan teruskan operasi dapatkan serpihan roket pengintip Korea Utara
Roket pembawa satelit Korea Utara terhempas ke dalam laut kerana enjin peringkat kedua tidak beroperasi secara normal.

Jelajah Genta Belia 2023 perkasa ekonomi golongan muda
Ia merupakan inisiatif baharu KBS yang dilaksanakan di 43 lokasi melibatkan beberapa daerah terpilih di seluruh negara bermula Jun ini.

Pinda akta, beri makanan halal kepada haiwan - Pekemas
Status halal untuk makanan haiwan-haiwan di negara ini penting seperti mana status halal makanan untuk umat Islam.

Isu sempadan P.Pinang-Kedah: Tindakan akan diambil terhadap penyebar maklumat palsu
Tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah.

Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi KKDW di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

PRN Terengganu: Pembahagian kerusi Pas, Bersatu diputuskan dua hari lagi
Pihak terlibat masih dalam perbincangan berhubung pembahagian itu, namun PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.

Semburan pewangi lebih tahan lama dengan cara ini, bukan sembur di bahagian tertentu sahaja
Berikut dikongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau pewangi lebih tahan lama dan mengancam!

Pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua motosikal
Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

Laman flora RTC jadi hab agropelancongan terbaharu di Kelantan
FAMA Kelantan sedang menaik taraf laman flora RTC Tunjong untuk dijadikan sebagai hab agropelancongan terbaharu di negeri itu

KPKM sedang berunding dengan GACC untuk tembusi pasaran durian segar ke China
KPKM dan Jabatan Pertanian sedang dalam proses untuk mengadakan rundingan dengan GACC bagi mendapatkan akses pasaran durian segar ke China.

FAMA sasar buka 14 pasar tani baharu tahun ini
Setakat ini lima pasar tani baharu telah dibuka kepada orang ramai selepas kajian daripada semua aspek dijalankan.

Bekalan telur lebihi permintaan, Fama akan buka lebih 1,300 pasar tani - Zahid
Bekalan telur dalam negara ketika ini telah berada pada tahap melebihi daripada permintaan.

Orang ramai harap harga durian turun tahun ini
Permintaan terhadap buah itu di peringkat antarabangsa bakal terkesan kerana terdapat negara yang telah mula memasarkan durian sendiri.

22.6 juta telur diedarkan FAMA sejak November lalu
FAMA telah mengedarkan sejumlah 22.6 juta biji telur melalui 369 outlet pemasarannya di seluruh negara bermula November lalu sehingga hari ini bagi menampung bekalan telur ayam di pasaran.

Bekalan telur ayam bagi sambutan Aidilfitri mencukupi - DVS
DVS sentiasa komited dalam memastikan bekalan telur ayam negara terus stabil dan sentiasa prihatin terhadap keperluan serta kebajikan rakyat Malaysia.

Jualan Syawal Madani: FAMA Johor sasar nilai jualan RM2.25 juta
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Johor menyasarkan nilai jualan sebanyak RM2.25 juta menerusi Jualan Syawal MADANI yang dibuka di 29 outlet di negeri itu.

Jualan Madani Syawal di 113 outlet mulai hari ini, harga 30 peratus lebih rendah
Ia antaranya meliputi Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) serta Medan Niaga Satok (MNS).

FAMA diarah selesaikan isu bekalan ayam tidak cukup di beberapa tempat
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta untuk segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa tempat bagi memastikan persiapan Aidilfitri tidak terjejas.