awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan ubat di klinik, hospital di Johor mencukupi

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
27/08/2022
10:28 MYT
Bekalan ubat di klinik, hospital di Johor mencukupi
Tian Soon berkata, fasiliti kesihatan itu tidak mengalami kekurangan bekalan ubat biarpun terdapat beberapa farmasi di negeri berkenaan dilaporkan mengalami kekurangan ubat tertentu. - Gambar fail
KLUANG: Bekalan ubat di hospital dan klinik kerajaan di Johor masih mencukupi bagi menampung keperluan pesakit pada ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, fasiliti kesihatan itu tidak mengalami kekurangan bekalan ubat biarpun terdapat beberapa farmasi di negeri berkenaan dilaporkan mengalami kekurangan ubat tertentu.
"Sejak dua bulan lepas memang kita dapati banyak kes influenza ataupun demam panas. Oleh itu, permintaan ubat di pasaran memang tinggi.
"Namun di klinik kesihatan ataupun hospital kerajaan, walaupun permintaan tinggi tetapi bekalan (ubat) masih terkawal dan boleh menampung keperluan masyarakat.
"Tetapi saya difahamkan sebahagian farmasi menghadapi masalah kekurangan bekalan ubat, terutamanya melibatkan farmasi-farmasi kecil.
"Keadaan ini berpunca daripada pihak pembekal yang mengalami kekurangan bahan untuk penghasilan ubatan" katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bas Klinik Kesihatan Bergerak di Simpang Renggam, di sini pada Sabtu.
Menurut Ah Soon, biarpun negeri itu menerima jumlah kes influenza yang tinggi, namun terdapat penurunan jangkitan kes berkenaan pada ketika ini.
Berdasarkan trend itu, jelas beliau, bekalan ubat masih boleh menampung jumlah pesakit baharu dan yang sedia ada.
Topic Berkaitan
#bekalan ubat
#Johor
#Influenza
#kekurangan bekalan ubat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan