Bekas ADUN bergelar 'Datuk' direman lima hari

Adie Sufian Zulkefli
Ogos 14, 2018 05:21 MYT
Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kedah direman lima hari bagi membantu siasatan berkaitan kes penyelewengan dana khas menteri besar berjumlah RM30,000.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Nor Azah Idris.
Individu bergelar Datuk berusia 60-an itu tiba di lokap Kompleks Mahkamah Alor Setar dengan kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Turut kelihatan anggota keluarga dan beberapa rakan Datuk terbabit di pekarangan lokap ketika bekas ADUN berkenaan tiba dengan diiringi dua pegawai SPRM.
Bekas ADUN berkenaan diwakili peguam, Hasnul Anis Abdullah Hashim dan Che Zuriati Che Mohamad.
Semalam Pengarah SPRM negeri, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan individu berkenaan.
Individu terbabit ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam di Pejabat SPRM Alor Setar ketika hadir untuk memberi keterangan.
#ADUN #Hasnul Anis Abdullah Hashim #lima hari #Nor Azah Idris #peguam #Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah #penyelewengan dana #reman #seleweng dana