MALAYSIA
Bekas ADUN Juasseh, Mohammad Razi meninggal dunia

Datuk Mohammad Razi Kail, menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun akibat komplikasi penyakit hati. - Sinar Harian
SEREMBAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail, menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun di kediamannya di Taman Guru Melayu di sini pada pagi Ahad.
Ringkasan AI
- Datuk Mohammad Razi Kail, bekas ADUN Juasseh, meninggal dunia pada usia 61 tahun akibat komplikasi penyakit hati di kediamannya pagi Ahad.
- Jenazah dimandikan dan disolatkan di masjid sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang selepas solat Zohor.
- Allahyarham menjadi ADUN Juasseh dari 2004 hingga 2018 mewakili UMNO dan pernah memegang portfolio Pelancongan dalam Exco Negeri Sembilan.
“Innalillahiwainnailaihirojiun... Dimaklumkan bekas YB DUN Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
“Jenazah dibawa ke masjid sekitar 11.45 pagi untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang selepas solat Zohor," katanya pada Ahad.
Katanya, kali terakhir bertemu beliau adalah di majlis perkahwinan anaknya. Ketika itu, beliau berkerusi roda.
"Allahyarham dikenali ramai sebagai seorang tokoh masyarakat yang berperwatakan lembut, bersederhana dan mudah didekati.
"Saya telah mengenali beliau sebelum kami menceburi dunia politik," katanya.
Mohammad Razi menjadi ADUN Juasseh dari tahun 2004 hingga 2018 mewakili UMNO dan pernah menyandang jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di bawah portfolio Pelancongan. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami