Bekas ADUN Kedah bergelar datuk ditahan SPRM

Hilal Azmi
Ogos 13, 2018 13:04 MYT
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Kedah bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dana khas Menteri Besar berjumlah RM30,000, hari ini.
Lelaki bergelar Datuk berusia 60an itu ditahan kira-kira pukul 4 petang di Pejabat SPRM Kedah ketika hadir untuk memberi keterangan.
Menurut sumber, bekas ADUN tersebut dipercayai telah memohon penggunaan dana tersebut pada Februari tahun lalu atas alasan penganjuran sebuah program namun tidak menggunakan wang tersebut bagi tujuan tersebut apabila ia telah diluluskan.
Sementara, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut.
Difahamkan, suspek akan dibawa Mahkamah Majistret Alor Setar untuk permohonan reman esok.
#ADUN Kedah #Datuk Mohd Fauzi Mohamad #Mahkamah Majistret Alor Setar #Pengarah SPRM Kedah #seleweng dana #SPRM