awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN Paloh ditidurkan akibat komplikasi demam denggi

Bernama
Bernama
28/09/2023
06:01 MYT
Bekas ADUN Paloh ditidurkan akibat komplikasi demam denggi
Nozula yang berusia 66 tahun ditidurkan sejak 3 petang semalam selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada beliau dan ahli keluarga yang lain. -Facebook Nozula Mat Diah
GUA MUSANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Datuk Nozula Mat Diah ditidurkan berikutan berada dalam keadaan kritikal akibat komplikasi pada organ dalaman selepas mengalami demam denggi.
Isterinya Datin Mastura Osman, 51, berkata Nozula yang berusia 66 tahun ditidurkan sejak 3 petang semalam selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada beliau dan ahli keluarga yang lain.
"Beliau disahkan menghidap demam denggi pada Ahad lepas setelah menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Chiku 3 sebelum dirujuk ke Hospital Gua Musang dan seterusnya dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai pada hari yang sama.
"Doktor memberitahu suami mengalami demam denggi yang teruk dan memberi kesan terhadap organ dalaman suami seperti paru-paru, hati dan buah pinggang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mastura berkata keputusan menidurkan bekas ADUN itu diambil bagi mengelakkan lebih banyak jangkitan kuman pada organ dalaman ekoran demam denggi yang teruk.
"Saya dihubungi oleh doktor pada pagi ini menyatakan bahawa mereka akan membuat pemeriksaan ke dalam perut suami pada 11 pagi bagi mengesan keadaan dalam perut selepas mendapat tanda kemungkinan berlaku pendarahan di bahagian terbabit.
"Saya berharap rakyat dan semua kenalan suami dapat mendoakan dan membuat solat hajat supaya beliau sembuh seperti biasa," katanya.
Nozula merupakan ADUN Paloh daripada Barisan Nasional (BN) selama 28 tahun sejak 1990.
Pada 23 Julai lepas, Nozula yang turut menghidap penyakit strok mendapat kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di kediamannya di Felda Chiku 3 di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nozula Mat Diah
#denggi
#bekas ADUN Paloh
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan