awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN Seberang Jaya, Dr Radin Muhammad Amin meninggal dunia

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
13/04/2025
03:45 MYT
Bekas ADUN Seberang Jaya, Dr Radin Muhammad Amin meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Dr Radin Muhamad Amin Radin Hadi Munir meninggal dunia pada pukul 6.55 pagi ini di Hospital Bukit Mertajam akibat kanser.
SEBERANG JAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Radin Muhamad Amin Radin Hadi Munir, 71, meninggal dunia pada pukul 6.55 pagi ini di Hospital Bukit Mertajam akibat kanser.
Berita kematian Allahyarham, disahkan menantunya, Danial Sulaiman, 38 ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Danial, jenazah Allahyarham bapa mertuanya dibawa ke rumah di Taman Sutera Prima, di sini, sebelum dibawa ke Masjid Al Muhajirin, Bandar Seberang Jaya untuk disembahyangkan.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Jaya selepas solat Zuhur.
Allahyarham Dr Radin yang juga seorang pegawai perubatan meninggalkan dua isteri, lapan orang anak dan 18 cucu.
Dr Radin Muhamad Amin berkhidmat sebagai ADUN Seberang Jaya selama satu penggal dari 1999 hingga 2004 mewakili Barisan Nasional (BN).
Topic Berkaitan
#Adun Seberang Jaya
#Dr Radin Muhamad Amin Radin Hadi Munir
#meninggal dunia
#Masjid Al Muhajirin
#Hospita Bukit Mertajam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan