awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ahli DAP buat laporan SPRM berhubung dana mangsa perang Sri Lanka

Bernama
Bernama
30/01/2013
06:39 MYT
Bekas ahli DAP buat laporan SPRM berhubung dana mangsa perang Sri Lanka
Beberapa bekas anggota DAP hari ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana untuk membantu mangsa perang di Sri Lanka yang dikutip daripada orang ramai pada 2009.
Menurut bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat laporan dibuat supaya SPRM dapat menyiasat berapa jumlah kutipan sebenar dan ke mana wang itu disalurkan.
"Apa yang kami lakukan adalah kehendak sendiri bukan disuruh mana-mana pihak, harap SPRM dapat menjalankan siasatan kerana ia membabitkan duit rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata laporan terpaksa dibuat kerana sebelum ini mereka telah cuba memohon penjelasan tetapi tidak dipedulikan oleh pihak berkenaan.
Sebelum ini, Penasihat Jawatankuasa Pengumpulan Dana itu, P. Ramasamy mengeluarkan kenyataan bahawa sebanyak RM73,451.40 sudah didepositkan kepada Mercy Mission yang berpangkalan di United Kingdom manakala setiausahanya, M Satees berkata hanya RM65,000 didepositkan daripada nilai keseluruhan kutipan iaitu RM73,960.40.
Isu itu bertambah mengelirukan apabila salinan borang pengiriman wang Public Bank pada 11 Jun 2009 pula menunjukkan sebanyak RM73,481.40 didepositkan kepada Mercy Mission United Kingdom.
Topic Berkaitan
#Dana perang
#DAP
#Mercy United Kingdom
#P.Ramasamy
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan