awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ahli Dewan Negara, Roslan Awang Chik meninggal dunia akibat strok

Bernama
Bernama
21/08/2024
03:00 MYT
Bekas Ahli Dewan Negara, Roslan Awang Chik meninggal dunia akibat strok
Allahyarham Roslan Awang Chik meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat strok, awal pagi tadi.
KUALA TERENGGANU: Bekas Ahli Dewan Negara, Datuk Roslan Awang Chik meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat strok, awal pagi tadi.
Anak lelakinya, Fadhlan Roslan, 44, berkata, Allahyarham Roslan, 73, meninggal dunia pada 2.51 pagi tadi di sisi beberapa ahli keluarga.
Beliau berkata jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediaman mereka di Batu Buruk, di sini untuk disolatkan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sheikh Ibrahim selepas zohor.
"Arwah juga menghidap kanser limfoma sejak dua tahun lalu dan menjalani rawatan kimoterapi di HSNZ," katanya ketika dihubungi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak.
Roslan pernah menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang selama satu penggal dari 1995 hingga 1999, dan juga dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bermula 2004 hingga 2010.
Selain itu, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu dan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Terengganu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Roslan Awang Chik
#bekas Ahli Dewan Negara
#meninggal dunia
#ADUN Ladang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan