awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ahli Lembaga KLSCAH didakwa hantar video lucah kepada bekas peguam wanita

Bernama
Bernama
31/05/2022
11:05 MYT
Bekas Ahli Lembaga KLSCAH didakwa hantar video lucah kepada bekas peguam wanita
Majistret Wong Chai Sia membenarkan Yeo diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Julai ini untuk sebutan kes. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Lembaga Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Yeo Kwi Seng hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang bekas peguam wanita dengan menghantar video lucah melalui aplikasi WhatsApp tahun lepas.
Yeo, 68, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 52 tahun di Suite 5.05-5.10, Tingkat 5, Plaza Imbi di sini antara 23 Mei dan 16 Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit memohon agar Yeo diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Kitson Foong, yang mewakili tertuduh, tidak membantah jumlah itu.
"Yeo merupakan bapa kepada dua anak dan dia seorang yang terkemuka. Oleh itu, tidak ada risiko untuk dia melarikan diri," kata peguam itu.
Majistret Wong Chai Sia membenarkan Yeo diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Julai ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLSCAH
#Lembaga Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor
#video lucah
#Mahkamah Majistret
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan