ALOR SETAR: Ketua UMNO Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad, 61, yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi meninggal dunia awal pagi tadi di Frankfurt, Jerman.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi Nor Saidi Nanyan ketika dihubungi hari ini berkata Allahyarham berada di Jerman atas urusan kerja sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Isterinya, Datin Shabariah Md Hassan turut berada di sana. Ketika ini saya difahamkan anak Allahyarham juga sedang dalam perjalanan ke Jerman bagi menguruskan jenazah bapanya.
"Saya sempat menghubungi isterinya dan dimaklumkan jenazah kemungkinan akan dikebumikan di sana tetapi masih belum dimuktamadkan lagi," katanya.
Nawawi yang menjadi Ahli Parlimen Langkawi mulai 2013 hingga 2018 berpengalaman luas dalam bidang politik dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah antara 2004 hingga 2013.
Bagaimanapun Allahyarham tewas kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanding atas tiket PKR di Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2022
Allahyarham berada di Jerman atas urusan kerja sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi meninggal dunia di Jerman
Allahyarham berada di Jerman atas urusan kerja sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Bina pangkalan khas, guna dron kekang kemasukan pelarian Rohingya - Nawawi
Pelarian etnik Rohingya yang berjaya bolos masuk ke pulau ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.
Pembangunan di Langkawi tidak akan sama seperti sewaktu Tun Mahathir jadi PM - Nawawi
Pembangunan di Langkawi selepas ini tidak akan menjadi sepantas pada masa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
Najib, Rosmah bercuti di Langkawi
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Langkawi malam semalam untuk bercuti rehat bersama keluarga di pulau legenda itu.
Mahathir, Nawawi masing-masing punya kelebihan
Kerusi panas Parlimen Langkawi menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (Harapan), BN dan Pas.
Aura Tun M tidak menonjol di utara Semenanjung - Mohd Zaidi
Pengaruh Presiden Pakatan Harapan itu juga sudah semakin hilang selain zaman kegemilangannya juga dianggap sudah berakhir.
Peruntukan besar Kerajaan Pusat bukti kemajuan Langkawi tidak terbantut - Nawawi
Penyandang kerusi Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad berkata, pelbagai peruntukan yang dijanjikan Kerajaan Pusat menjadi bukti kawasan itu tidak pernah dipinggirkan.
'Ada pihak mahu saya mati' - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ada pihak yang mahu melihatnya terkorban dalam nahas pesawat ke Langkawi untuk berkempen sekali gus menggagalkannya untuk ke majlis penamaan calon.
PRU14: Nawawi serba salah tanding kerusi Langkawi lawan Tun M
Nawawi berharap Tun M dapat pertimbangkan semula keputusannya untuk bertanding di Langkawi.
Tun M yakin ambil 7,000 undi daripada majoriti BN di Langkawi
Tun Dr Mahathir Mohamad yakin mengambil sekurang-kurangnya 7,000 majoriti undi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) di Langkawi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada PRU14 kali ini.