awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas akauntan didakwa pecah amanah wang syarikat lebih RM200,000

Bernama
Bernama
16/12/2024
04:52 MYT
Bekas akauntan didakwa pecah amanah wang syarikat lebih RM200,000
Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimun setahun dan maksimum 14 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang bekas akauntan syarikat pengeluar pakaian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang hasil jualan syarikat berjumlah RM206,222.24 tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Siti Nur Aisyah Ismail, bekas akauntan, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM206,222.24.
  • Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan jaminan RM30,000 dengan syarat tambahan, tetapi jaminan ditetapkan pada RM15,000 oleh hakim.
  • Kes akan disebut semula pada 16 Januari tahun depan.

Siti Nur Aisyah Ismail, 33, didakwa melakukan kegiatan itu dengan memindahkan wang terbabit ke dalam akaun bank miliknya untuk kegunaan peribadi di sebuah premis di Jalan Chempenai, Bukit Damansara di sini antara 19 Jan 2023 hingga 12 Mac 2024.
Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Atiqa Nazihah Azmi mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan menyerahkan pasport ke mahkamah sehingga kes selesai.
Peguam Mariana Osman yang mewakili Siti Nur Aisyah memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak bekerja.
Hakim Mohd Kafli Che Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 16 Jan tahun depan untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas akauntan
#Siti Nur Aisyah Ismail
#pecah amanah
#wang syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan