awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Billie Eilish menang Lagu Terbaik Tahun Ini untuk 'Wildflower' di Anugerah Grammy
Aerotrain KLIA beroperasi seperti dirancang, gangguan awal tidak timbulkan risiko keselamatan - MAHB
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas akauntan kanan GISB didakwa 40 tuduhan pengubahan wang haram

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2025
10:21 MYT
Bekas akauntan kanan GISB didakwa 40 tuduhan pengubahan wang haram
Dalam prosiding hari ini, Mohd Khushairi mengaku tidak bersalah atas 40 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM3.8 juta di hadapan Hakim Azrul Darus. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bekas akauntan kanan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Mohd Khushairi Osman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas didakwa dengan 40 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah lebih RM3.8 juta.
Mohd Khushairi, 54, sebelum ini didakwa dengan 54 tuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam membabitkan wang berjumlah RM20.3 juta, pada 10 September lalu.
Dalam prosiding hari ini, Mohd Khushairi mengaku tidak bersalah atas 40 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM3.8 juta di hadapan Hakim Azrul Darus.
Beliau dituduh menerima RM2.69 juta daripada akaun individu dan syarikat serta memindahkan RM1.12 juta daripada akaunnya ke akaun beberapa syarikat termasuk GISB Travel and Tours, GISB Holdings dan GISB Mart antara 2020 hingga 2024.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum 15 tahun penjara dan denda lima kali ganda jumlah wang atau RM5 juta.
Pendakwa raya menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tertuduh melapor diri di Bukit Aman setiap bulan, tidak mengganggu saksi dan memaklumkan perubahan alamat.
Bagaimanapun, peguam bela memohon jaminan terdahulu di Mahkamah Sesyen diguna pakai dengan alasan kes akan dipindahkan ke sana serta menegaskan anak guam tidak berpendapatan tetap kerana akaun keluarganya dibekukan.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 untuk semua pertuduhan dengan syarat tambahan, dan menetapkan 13 November untuk sebutan kes.
Topic Berkaitan
#GISB
#Mahkamah Shah Alam
#akauntan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan