MALAYSIA
Bekas banduan buktikan belum terlewat untuk genggam sarjana
Abdul Rahman (dua, kanan) mengucap tahniah kepada Mohd Khairul yang menerima Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakat pada Sidang Ketiga Upacara Konvokesyen Ke-63 USM di George Town, Pulau Pinang, 26 Nov 2025. --fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Seorang bekas banduan gagal menahan emosi apabila berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana, sekali gus membuktikan bahawa tidak pernah terlewat untuknya bangkit membaiki diri.
Ringkasan AI
Bagi Mohd Khairul Ab Aziz, 43, kejayaan akademik itu bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi usaha untuk mengembalikan maruah diri di mata dua anaknya yang sudah terputus kasih sejak setahun lepas.
"Saya lakukan semua ini untuk anak-anak. Saya mahu mereka melihat bahawa saya sedang berusaha memulihkan maruah yang pernah saya sendiri jatuhkan.
"Saya akui saya pernah tersilap langkah, namun saya bukan lagi insan yang dulu dan setiap hari saya berjuang untuk membuktikan perubahan itu kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas menerima skrol Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakatan pada Upacara Konvokesyen ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor USM Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed dan Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai Rozita Muhamad Shariff.
Mohd Khairul dipenjarakan selama lima tahun pada 2016 atas kesalahan dadah sebelum terdetik menyambung pengajian pada 2020 selepas terinspirasi dengan kisah hidup Presiden Persatuan Pengasih Malaysia Hafizi Harun ketika dijemput sebagai penceramah dalam program Pembimbing Rakan Sebaya Teraputik Komuniti yang dianjurkan Jabatan Penjara Malaysia.
Mengulas lanjut, Mohd Khairul berkata meskipun hanya sempat belajar di sebalik tirai besi Penjara Seberang Perai selama lima bulan, dia menyifatkan peluang itu sebagai pengalaman berharga dan mencabar dalam usaha menamatkan pengajian berikutan sumber rujukan yang terhad.
Mengimbau kembali pengalaman itu, anak jati Bukit Mertajam berkenaan berkata sepanjang tempoh itu, dia hanya dibenarkan menggunakan Internet selama satu jam setengah untuk mencari bahan rujukan sebelum dicetak dan dibawa pulang ke sel untuk dibaca.
Selepas dibebaskan pada Disember 2021, anak sulung daripada tiga beradik itu memberitahu bahawa dia tidak lagi menoleh ke belakang dan hasil dorongan ahli keluarga serta penyelia, dia tekad menghabiskan baki pengajian sehingga berjaya menggenggam segulung sarjana pada hari ini.
Lebih membanggakan, Mohd Khairul telah menjalankan kajian pertama di Malaysia terhadap penggunaan kokain dan hasil kajiannya itu juga dilaporkan dalam laporan Global Kokain oleh United Nation Office on Drug and Crime (UNODC) di Vienna, Austria pada 2023.
"Saya tidak boleh buang gelaran bekas banduan, sebab itulah saya gunakan transformasi melalui pendidikan dengan menambah pengetahuan kerana dengan ilmu kita boleh gunakan untuk bantu mereka yang terjebak dengan dadah untuk berubah.
"Bagi saya tidak mustahil untuk berubah dan yang penting perubahan itu perlu datang daripada diri sendiri. Apabila sudah ada keinginan, kita kena cari jalan dan sokongan sosial itu juga penting," katanya.
Pada masa sama, Mohd Khairul turut berharap suatu hari nanti dia dapat dipertemukan semula dengan anak-anaknya dan mengubah kehidupan menjadi lebih baik, malah kini sedang memulakan perniagaan makanan ringan di Kuala Lumpur.
Katanya, dia turut merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah jika diberi peluang dan kesempatan.
Sementara itu, ibu Mohd Khairul, Sarinah Abdullah, 65, berkata dia amat berbangga akan pencapaian anaknya itu meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dalam kehidupan.
"Mak cik tidak pernah putus berdoa untuk dia dan hari ini gembira melihat perubahan dilaluinya dalam kehidupan. Mak cik harap dia akan terus berjaya dan tidak kembali lagi dengan kehidupan sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mohd Khairul Ab Aziz, bekas banduan, berjaya menamatkan pengajian sarjana, membuktikan usaha pemulihan diri.
- Kejayaan akademiknya tidak hanya untuk diri sendiri, tetapi untuk mengembalikan maruah di mata anak-anak yang terputus kasih.
- Mohd Khairul berharap dapat menggunakan ilmunya untuk membantu individu terjebak dalam dadah berubah, sambil meneruskan perniagaan makanan ringan dan merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah.