IPOH: Seorang bekas banduan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping pada Rabu atas pertuduhan mencederakan, merompak dan cuba merogol seorang wanita warga emas, minggu lepas.
Tertuduh, S. Saaran, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan berasingan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.
Dia yang baru dua bulan keluar penjara didakwa merompak wang tunai RM10 serta rantai emas milik seorang wanita berusia 75 tahun dan dengan sengaja mencederakan mangsa ketika melakukan rompakan bersenjatakan pisau.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Dia juga dituduh cuba merogol mangsa dalam kejadian yang sama.
Bagi tuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Lelaki itu turut didakwa merompak wang tunai RM5,000 dan sebuah kereta jenis Honda, milik menantu wanita berkenaan.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Assam Maju, Taiping, kira-kira jam 8.30 pagi, 15 Ogos lalu.
Mahkamah menetapkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 25 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Aug 23 2023
S. Saaran, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan berasingan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim. - Gambar/ Astro AWANI
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Padah acu pisau, ceroboh rumah warga emas
Seorang lelaki dipenjara 10 bulan selepas mengaku salah mengacu pisau dan menceroboh masuk rumah seorang warga emas.
Bekas banduan mengaku tidak bersalah rompak, cuba rogol warga emas
Seorang bekas banduan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping pada Rabu atas pertuduhan mencederakan, merompak dan cuba merogol seorang wanita warga emas, minggu lepas.
Rompak, cederakan warga emas, pekebun dipenjara lapan tahun
Seorang pekebun kelapa sawit dihukum penjara lapan tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, selepas mengaku bersalah merompak gelang tangan dan mencederakan seorang warga emas.
Ibu mengandung tak mengaku jerut leher, rompak warga emas
Seorang ibu mengandung tujuh bulan didakwa atas pertuduhan cuba merompak seorang warga emas di Kampung Tanjung Chat, Jalan Sungai Keladi.